21November2017

Mahathir perlu mohon maaf jika tuduhan Anwar meliwat palsu - PAS

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad disarankan untuk memohon maaf kepada bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwat pada 1998 jika dakwaan itu tidak benar.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Mahathir perlu berbuat demikian kerana mengaibkan Anwar.
 
"Kalau betul tuduhan itu tuduhan palsu, pada pandangan saya Mahathir perlu minta maaf secara terbuka.
 
“Benda ni (tuduh liwat) mengaibkan Anwar dan keluarganya, bukan benda kecil, dah jadi isu negara, dunia,” katanya dipetik Harakahdaily.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mencabar Mahathir agar beliau menjelaskan pendiriannya mengenai kes liwat membabitkan Anwar pada 1998.
 
Untuk rekod,Mahathir dalam satu sidang media pada 22 September 1998 mendakwa Anwar terbabit dalam perlakuan luar tabii dan tidak layak menjadi pemimpin negara.
 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, jika dakwaan liwat itu benar, beliau hairan bagaimana Mahathir boleh bekerjasama dengan Anwar kini.
 
Anwar ketika ini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.-18/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1360  tetamu dalam talian