25September2018

Mahasiswa demo duduk di Putrajaya sampai Maszlee letak jawatan

Nekad... lima mahasiswa bertekad untuk 'demo duduk' di hadapan Kementerian Pendidikan di Putrajaya sehingga Menterinya Maszlee Malik.

Mereka menuntut Maszlee melepaskan jawatansebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Lima pelajar itu, termasuk dari UIAM, bertekad tidak mahu berganjak selagi menteri pendidikan tidak melepaskan jawatan itu, yang menjadi perdebatan hangat.

Seorang pelajar itu Asheeq Ali, 23, mendesak Maszlee, bekas pensyarah UIA, berpegang pada janjinya untuk melindungi autonomi universiti,  termasuk “tidak meletak ahli politik dalam institusi pendidikan”.

“Namun dengan menerima jawatan itu, beliau telah mengingkari janjinya sendiri,” katanya, pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Kita tidak boleh terima tindakan sedemikian dan meminta beliau letak jawatan sebagai presiden UIA segera.”

Pakatan Harapan sendiri berbelah bahagi dengan pelantikan Maszlee.

Ada wakil-wakil rakyat gabungannya mempertikai lantikan tersebut, sementara ada pula yang mempertahankan keputusan itu.-7/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 486  tetamu dalam talian