21Oktober2018

Lepas Najib 'merungut', Kerajaan lulus duit raya guru KAFA...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam kontrak termasuk guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan menikmati nasib lebih baik jika Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan.

Menurut bekas perdana menteri itu kerajaan BN tidak tergamak memberhentikan seorang pun daripada 17,000 penjawat awam kontrak yang selama ini dibantu punca pendapatannya.

Merujuk kepada satu status yang dibacanya di Facebook hari ini, Najib mendakwa ada penjawat awam kesal dengan tindakan mereka memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Seorang guru KAFA menyebut bahawa dia mengundi PH kerana sejak anaknya lahir, dia berdepan dengan momokan terhadap cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)… ke mana dia pergi, pekedai menyebut harga barang naik disebabkan GST.

“Tiba-tiba dua hari selepas 9 Mei, dia dapat notis pemberhentian kerja meskipun mengundi PH… ditamatkan (perkhidmatan) pada awal Ramadan dan air matanya menitis apabila melihat wajah dua anak kecilnya, ” katanya pagi Selasa.

Sementara itu, selepas Datuk Seri Najib Razak merungut demikian, petang Selasa, kerajaan PH mengumumkan pemberian bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM400 kepada guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal dan siak di seluruh negara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sumbangan berkenaan telah diluluskan Selasa.

"Atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, saya hari ini telah meluluskan pemberian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada guru KAFA, imam, bilal dan tok siak. Kita bagi RM400 sama seperti yang diterima penjawat awam di peringkat persekutuan.

"Ini yang saya baru luluskan dan saya tandatangan hari ini. Saya akan keluarkan satu kenyataan rasmi esok," katanya.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 502  tetamu dalam talian