14Disember2018

Laporan ‘damage control’ dikeluarkan tahun depan – Tun M

Laporan penuh mengenai `damage control’ yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih pentadbiran negara akan dikeluarkan tahun depan, kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, laporan itu akan mengandungi butiran mengenai hasil tindakan oleh kerajaan dalam menangani masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.

“Kita nak tengok hasil tindakan yang diambil oleh kerajaan; kedua-duanya…berhubung hutang besar yang perlu kita tanggung dan juga penstrukturan semula pentadbiran kerajaan.

“Laporan itu akan disediakan oleh kami (kerajaan) dan akan dikeluarkan tahun depan,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menghadiri jamuan malam Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik, di sini, malam ini.

Turut hadir, isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden persatuan itu, Tan Sri Sallehuddin Mohamed.

Terdahulu, Dr Mahathir melancarkan Yayasan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Sementara itu, Perdana Menteri mengulangi jaminan bahawa Malaysia akan muncul semula sebagai Harimau Asia, di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

“Kami sedang muncul kembali, dengan syarat kita bekerja keras, jujur, tidak dipengaruhi oleh rasuah dan kita tidak mencuri wang, maka saya yakin kita sekali lagi akan muncul sebagai Asian Tiger,” katanya.

Dr Mahathir juga memuji kakitangan awam kerana kegemilangan Malaysia semasa penggal pertama pentadbirannya, dengan menyatakan bahawa kerjasama mereka yang tidak berbelah bahagi dengan pentadbiran ketika itu membantu negara mencapai kejayaan.

“Saya bersyukur dalam tempoh 22 tahun itu, saya tidak hadapi masalah. Sebarang keputusan saya buat, saya yakin akan dilaksanakan oleh kakitangan awam.

“Kerjasama mantap daripada PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) sebagai jentera kerajaan itulah yang menjadikan Malaysia ketika itu sebagai Asian Tiger,” katanya.-26/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 301  tetamu dalam talian