19Julai2018

Kukuhkan UMNO dulu... kemudian bina semula BN

Sebagai parti tunjang kepada gabungan Barisan Nasional (BN), UMNO tiada pilihan melainkan mengukuhkan parti tersebut terlebih dahulu sebelum membina semula gabungan itu yang kini berpecah selepas 10 daripada 13 parti meninggalkan BN.

Ketua Pemuda UMNO yang baharu, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sejarah membuktikan sekiranya UMNO itu berjaya diperkukuhkan dan diterima rakyat, parti komponen BN yang telah pergi akan kembali menyertai gabungan itu.

“Dahulu mungkin kita bersifat menyendiri, Pemuda UMNO, MIC dan MCA bergerak berasingan. Tetapi kali ini kita hendak jalinkan hubungan lebih akrab supaya persefahaman itu dapat dibina dari awal lagi, bukan hanya apabila dekat dengan pilihan raya umum sahaja.

“Tetapi, kita hendak fokuskan kepada pengukuhan dalam sayap Pergerakan Pemuda UMNO dahulu,” katanya pada Ahad.

Asyraf Wajdi menewaskan pencabar termasuk Naib Ketua Pemuda UMNO sebelum ini, Senator Khairul Azwan Harun, Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dan ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah.-25/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 619  tetamu dalam talian