13Disember2017

KKLW lancar U2Desa kekang belia hijrah ke bandar

Selain  membantu memperkasakan ekonomi masyarakat luar bandar, ‘Program Usahawan Belia Pengajian Tinggi  Balik Kampung’  (U2Desa) mensasarkan untuk mengekang penghijrahan golongan muda luar bandar ke bandar.
 
Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, program itu dijangka dapat membantu kerajaan untuk menambah peluang pekerjaan di luar bandar melalui program keusahawanan yang bakal dijalankan.
 
“Kita tidak boleh menumpu keperluan asas, prasana semata-mata, lebih penting macam mana nak tingkatkan pendapatan masyarakat di kampung.
 
“Sebab tidak ada perkara yang menarik minat belia untuk tinggal di luar bandar, maka mereka terpaksa berhijrah ke bandar untuk mendapatkan kerja,” katanya.
 
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran U2Desa, di Universiti Malaya, Petaling Jaya, pada Selasa.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah kedua-dua Timbalan Menteri KKLW Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Datuk Alexander Nanta Linggi serta Naib Canselor Universiti Malaya Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud.
 
Tegas Ismail Sabri, program itu bukan sahaja dapat menghalang belia kampung migrasi ke bandar, malah menurut boleh menjadi ‘reverse migration’ kepada golongan yang bekerja di bandar untuk pulang dan menabur bakti di kampung halaman.
 
“Kita tahu ramai yang sebenarnya ingin pulang ke kampung. Mereka ingin dekat dengan orang tua dan keluarga, kehidupan kos sara hidup yang rendah di kampung, tetapi disebabkan tiada peluang pekerjaan merek terpaksa ke bandar untuk bekerja.
 
“Jadi dengan adanya peluang pekerjaan, mereka boleh pulang dan ini dapat mengatasi jumlah penduduk luar bandar yang semakin berkurangan,” katanya lagi.
 
Menurut beliau, bagi menangani masalah itu, kementeriannya merangka jalinan kerjasama strategik dengan universiti tempatan untuk melibatkan lebih ramai pelajar pengajian tinggi dalam program pembangunan keusahawanan di luar bandar.
 
“Program itu melibatkan 400 buah kampung dan 2,000 pelajar dibentuk kepada beberapa kumpulan, membuat kertas kerja dan akhirnya dapat mewujudkan perniagaan di kampung tersebut.
 
“Kumpulan pelajar dan rancangan perniagaan yang berjaya akan melaksanakan projek ekonomi bersama-sama koperasi kampung dengan pemantauan secara berkala oleh KKLW dan pihak universiti,” jelasnya.
 
Ismail Sabri berkata kementeriannya menyasarkan sekurang dua peluang pekerjaan baru diwujudkan di setiap kampung yang terbabit dengan program itu dan lima peratus peningkatan pendapatan selepas setahun.-16/7/2017
Oleh: NAJAMUDDIN MOHD NOR
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 717  tetamu dalam talian