15November2018

Kisah sedih penoreh getah seluruh negara... berhutang untuk sara keluarga

Isu kejatuhan harga getah terus membelenggu kehidupan seharian penoreh seluruh negara.

Azmi Ahmad, 57, berkata kejatuhan harga getah membuatkannya terpaksa berhutang demi menyara tiga orang anak, lapor Harian Metro.

 “Harga sekarang ini RM2 sekilogram, tetapi kerana menyewa perlu bahagi dua bersama pemilik kebun jadi dapatlah RM1 sekilogram.

“Dalam 10 hari menoreh dapatlah 120kg selepas ditolak dengan pemilik, dibahagi secara harian dapatlah RM12 sehari.

“Tiga anak masih bersekolah. Seorang RM3 sehari, baki yang tinggal dekat saya RM3 saja.

“Itu kalau cuaca baik, kalau musim hujan terpaksalah berhutang dengan peraih,” katanya mendakwa hutangnya kini lebih RM4,000.

Penoreh di sini menggesa kerajaan menetapkan harga siling getah RM4 sekilogram ekoran harga komoditi itu pernah melonjak ke paras RM10 sekilogram.

Masalah sama juga membelenggu penoreh di Arau, Perlis apabila terhimpit dengan kejatuhan harga getah.

Mereka mendakwa terpaksa “mengikat perut” selepas pendapatan harian mereka sekadar RM10 hingga RM15 sehari.-5/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 438  tetamu dalam talian