25September2018

Khidmat Zakaria sebagai pengarah FGV ditamatkan...

Khidmat presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan FGV Holdings Bhd Datuk Zakaria Arshad sebagai pengarah ditamatkan berkuat kuasa Rabu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata ia menerima surat daripada pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan), hari ini yang menarik balik pelantikan Zakaria sebagai pengarah lantikan kerajaan dalam pelaksanaan perlembagaan baharu FGV, yang diluluskan pemegang saham FGV 28 Jun lepas.

Tindakan itu mengikut fasal 89(3) yang menyatakan khidmat pengarah lantikan kerajaan akan ditamatkan apabila pelantikan ditarik balik.

Antara jawatan yang kini dipegang Zakaria dalam organisasi lain ialah Naib Pengerusi Persatuan Penapis-penapis Minyak Sawit Malaysia; Ahli Silih Ganti Lembaga Minyak Sawit Malaysia; Ahli Majlis Kumpulan Tindakan Keusahawanan (AGE) Universiti Malaysia Kelantan dan penasihat Persatuan Trak Makanan Bergerak dan Makanan Jalanan Malaysia.

Perubahan itu menyusuli pelantikan 2 pengarah bebas baharu FGV – bekas CEO Bursa Malaysia Datuk Yusli Mohamed Yusoff dan Ahli Lembaga Pengarah Zurich Life Insurance Malaysia Bhd Datin Hoi Lai Ping.-13/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 487  tetamu dalam talian