23Oktober2017

Ketua Polis KL naik pangkat bulan depan...

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh naik pangkat kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berkuatkuasa 9 November depan.

Perkara tersebut diumumkan dalam satu siaran media Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melibatkan 42 pertukaran dan penyelarasan pegawai kanannya pada Selasa.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata pertukaran itu antara lain melibatkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman yang baharu.

Kenyataan itu turut memaklumkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim akan dinaikkan pangkat kepada Komisioner Polis (CP) dengan memegang jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Jawatan Mazlan pula akan disandang oleh Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zainuddin Yaacob.

Sementara itu, antara yang turut bertukar Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Fatimah Abd Hamid ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik).

Fatimah menggantikan DCP Omar Mammah yang ditukarkan ke Kontinjen Perak sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri.

Timbalan Pengarah Jenayah Sindiket, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin bertukar jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Jawatan Saiful diambil alih oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Ruslan Hassan.

Menurut kenyataan itu, Ketua Penolong Pengarah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Skuad Taktikal Khas 3, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali bertukar jawatan sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Jawatan Muhammed Hasbullah akan digantikan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin dan Timbalan Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ulu Kinta, Perak, ACP Abdul Ghani Mohamad Ji pula bertukar jawatan.-11/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 837  tetamu dalam talian