20Julai2017

Kerajaan Persekutuan salur RM2.5b untuk Selangor

Penduduk Selangor terus menerima manfaat daripada projek Kerajaan Persekutuan apabila sejumlah RM2.5 bilion diperuntukkan untuk negeri itu tahun ini.
 
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata peruntukan itu disalurkan melalui pelbagai kementerian, jabatan serta agensi Kerajaan Persekutuan yang berada di Selangor antaranya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
 
"Pada tahun ini, RM2.5 bilion akan dibelanjakan oleh kementerian dan jabatan yang berada di Selangor.
 
"Ini tanggungjawab Majlis Tindakan Persekutuan Selangor yang dipengerusikan oleh saya bagi memastikan ia dilaksanakan seperti permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu tahun ini adalah tahun penyampaian dan Kerajaan Persekutuan berharap apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan segera," katanya, hari ini.
 
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Selangor kali keempat di Bangunan Umno Shah Alam di sini. Noh berkata, dalam mesyuarat itu, mereka membincangkan mengenai peruntukan yang diberikan kepada Selangor serta permohonan yang akan dibawa Kerajaan Persekutuan ke Selangor.
 
"Kita juga minta JPS membentangkan perancangan mereka untuk mengatasi masalah banjir di Selangor. Kita panggil MDEC untuk menerangkan kepada ahli mesyuarat mengenai program e-usahawan, e-rezeki," katanya.
 
Dalam perkembangan lain, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencabar Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming untuk membawa isu peruntukan pembangunan (BP1) ke Parlimen dan bukan hanya dibangkitkan di Sidang DUN Perak.
 
"Saya cabar Ahli Parlimen pembangkang bangkitkan perkara ini dalam Parlimen. Apa yang nak kecohkan dalam DUN Perak? "Tiada kena mengena kerana ini bukan urusan Kerajaan Negeri tetapi urusan KPKT.
 
Kalau tidak puas hati, tanya saya di Dewan Rakyat," katanya. Noh berkata, tindakan Kor Ming mengeluarkan kenyataan tanpa membuat semakan dengan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) mengenai projek di kawasan Parlimen Taiping jelas menunjukkan Pengerusi DAP Perak itu tidak mengetahui perkembangan di kawasannya.
 
"Kalau dia bijak, dia tanya dulu MPT, betul ke kawasan Taiping tiada peruntukan.
 
Ini menunjukkan dia tidak ambil tahu apa berlaku di dalam kawasan parlimennya.
 
Dia kena ingat dalam MPT bukan hanya satu kawasan Parlimen, Selama dan Larut juga dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) Taiping. "Saya nak dia semak dengan MPT bahawa KPKT bagi sebanyak RM300,000 untuk naik taraf Padang Awam Kamunting, bina dua dewan serbaguna (RM750,000).
 
Baru-baru ini RM900,000 diperuntukkan untuk ganti bumbung pasar di kawasan itu. Hampir RM2 juta diperuntukkan kepada MPT," katanya.-21/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1241  tetamu dalam talian