27Julai2017

Kenderaan tak laju di jalanraya sejak AWAS dan KEJARA diperkenalkan

Data yang menunjukkan pengurangan had laju dikalangan pengguna jalan raya sejak dua hari lalu jelas membuktikan rakyat Malaysia mampu mempunyai kesedaran mengenai keselamatan jalan raya tanpa paksaan daripada pihak kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sejak Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) berkuatkuasa sejak 15 April, kadar had laju dikalangan pengguna jalan raya menurun.

"Suka untuk saya umumkan, selepas dua hari sistem ini dikuatkuasakan, had laju dikalangan pengguna jalan raya telah menurun. Ini merupakan impak yang baik dan saya berpuashati dengannya.

"Dengan penurunan ini, saya percaya pengguna jalan raya mampu mempunyai kesedaran sendiri mengenai keselamatan jalan raya tanpa mendapat paksaan daripada pihak kerajaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman pada Isnin.

Tambahnya,penguatkuasaan sistem AWAS bukan untuk menghukum tetapi lebih kepada mendidik pengguna jalan raya.

Pesalah akan dikenakan demerit maksimum 20 mata yang membolehkan mereka diberi amaran, digantung atau dibatalkan lesen memandu mereka akibat kesalahan melanggar peraturan lalu lintas seperti memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

"Kami tidak menghukum pesalah (dengan mengenakan mata demerit) tetapi kami mahu menyelamatkan nyawa mereka dengan menguatkuasakan kesedaran keselamatan jalan raya itu," katanya.

Sehingga kini, hanya dua kesalahan akan menjadi tumpuan utama AWAS iaitu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana memandu laju dan kesalahan melanggar lampu merah.

Kesalahan-kesalahan lain akan mempunyai sistem yang khusus yang akan akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir tahun.

Sebelum ini, Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati sekurang-kurangnya 19 mangsa kemalangan maut direkodkan di negara ini setiap hari.

"Biarlah sistem ini tidak popular dan mendapat kecaman sesetengah pihak (pembangkang dan pesalah trafik) asalkan berupaya memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya," kata Tiong Lai.-18/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 688  tetamu dalam talian