23Oktober2017

Kawasan berpotensi jadi sarang dadah akan 'dibersihkan'

Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat khas Isnin depan bagi membincangkan isu berkaitan pembersihan kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menjadi sarang penagih dadah.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, terdapat banyak penempatan yang tidak dibangunkan akan menjadi tumpuan penagih dadah dan ini sekaligus menjejaskan keselamatan penduduk sekeliling.

"Pihak kementerian telah membuat pantauan dan memaklumkan kepada wakil rakyat di seluruh Kuala Lumpur, program juga telah dianjurkan untuk memastikan tempat-tempat yang berpotensi bebas daripada benda haram.

"Namun, ada diantara mereka yang tidak setuju dengan langkah yang dilaksanakan kementerian," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Galeri Jualan M Centura di Jalan Sentul pada Khamis.

Menurut Tengku Adnan, kawasan seperti Keramat,Kampung Baru, Cheras, Lembah Pantai dan Seputeh antara kawasan yang berpotensi menjadi tumpuan penagih dadah.

"Kami sering maklumkan, akan mengambil tindakan terhadap penduduk yang membuat rumah sebagai kedai. Ini tidak boleh kerana ia diberi sewa kepada pendatang asing. Bila pegawai kami datang nak geledah, mereka marah," katanya.

Tegasnya, pihak kementerian tidak akan menghiraukan apa yang ingin dilakukan oleh wakil rakyat atau penduduk berhubung tindakan yang bakal dilakukan pihaknya, kerana yang lebih utama ialah rakyat.

"Saya tidak kisah apa mereka mahu kata, kalau perkara yang memudaratkan rakyat dan pemikiran mereka, saya akan laksanakan kerana kerajaan sentiasa prihatin dengan keselamatan rakyat," katanya.

Bercakap mengenai majlis perasmian tersebut, Tengku Adnan merakamkan penghargaan kepada Kumpulan Mah Sing kerana berjaya merancnag dan membina tempat kediaman yang dilengkai dengan kemudahan mewah pada harga yang berpatutan.

"Ia sekaligus menunjukkan komitmen dan kesungguhan Kumpulan Mah Sing untuk membantu menaikkan kualiti hidup warga kota yang selari dengan visi kerajaan untuk membantu rakyat dengan meringankan beban kos sara hidup," katanya.

M Centura merupakan kediaman mewah yang menawarkan kemudahan mewah di lokasi strategik dengan harga yang berpatutan serendah rm328,000.

Pendaftaran telah dibuka dan sebarang info lanjut boleh layari www.mcentura.com.my atau hubingi 0392128308.-21/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 702  tetamu dalam talian