22Mei2018

Jangan layan Najib seperti penyenayah...

Lagi rasa kecewa diluahkan pemimpin Pemuda UMNO dalam kes layanan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata layanan seperti seorang penjenayah terhadap Najib tidak wajar sama sekali kerana beliau masih belum pun didapati bersalah.

"Sehingga ini masih belum ada sebarang pendakwaan terhadap Najib dilakukan namun layanan yang diberikan kepadanya seolah-olah hukuman sudah pun dijatuhkan walhal belum disabitkan sebarang tindakan undang-undang."

“Sekurang-kurangnya keistimewaan itu kena ada, Datuk Najib mahkamah pun tak pernah panggil, tak ada dakwaan, jadi bila tidak ada apa-apa tiba-tiba dah nampak macam dia seorang bersalah.

“Dari persepsi sudah bersalah, saya rasa ini tidak betul lah,” kata beliau semasa ditemui di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.

Beliau berkata, kedaulatan undang-undang perlu dihormati dan selagi tidak ada sebarang sabitan terhadap Najib orang ramai perlu menghormati jasa bekas perdana menteri itu.

“Semua orang perjuangkan kedaulatan undang-undang, semua orang berjuang, bersalah baharu masuk penjara, tapi hari ini saya tidak nampak lagi satu pendakwaan pun terhadap Datuk Seri Najib.

“Ini bukan zaman reformasi Anwar Ibrahim, beribu-ribu orang berkumpul, nampak macam ini, saya tidak tahu apa motif pihak polis buat macam ini.

“Sepatutnya kena beri keistimewaan beri satu layanan macam rakyat biasa, beliau bukan penjenayah,” katanya.

Terdahulu, lebih 10 kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk trak polis dilihat memasuki kediaman Najib.

Beberapa barang bukti juga dirampas dan dibawa keluar dari rumah bekas perdana menteri itu sejak semalam.-18/5/2018 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 820  tetamu dalam talian