14Disember2018

Isu gaji minimum RM1,050 akan dibawa ke kabinet - Menteri

Kementerian Sumber Manusia akan membawa isu kenaikan gaji minimum RM1,050 sebulan yang dibantah sesetengah pihak kerana didakwa terlalu rendah, untuk dibincangkan di mesyuarat kabinet.
 
Menterinya M. Kula Segaran berkata beliau berharap dapat membawa isu itu ke kabinet pada minggu hadapan.
 
"Beberapa faktor tertentu membawa kepada keputusan penetapan gaji minimum pada kadar RM1,050 oleh kabinet sebelum ini, namun kebanyakan golongan yang terkesan merasakan kenaikan gaji minimum itu terlalu rendah," katanya selepas mengadakan perbincangan bersama wakil beberapa pertubuhan yang mengadakan bantahan di luar bangunan Parlimen Rabu.
 
Bantahan lebih 100 individu yang diketuai Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon serta beberapa badan bukan kerajaan lain bertujuan menuntut kerajaan menilai kembali pelaksanaan kenaikan gaji selaras dengan keperluan semasa.
 
Pejabat Perdana Menteri pada 5 Sept lepas mengumumkan pelarasan gaji minimum pada kadar RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Januari tahun hadapan.
 
Kumpulan yang menggelarkan mereka 'Gabungan Bantah 1050' itu berhimpun sejak pukul 10.20 pagi dan berarak ke pintu masuk Parlimen sambil melaungkan slogan agar kadar gaji dinaikkan.
 
Kula Segaran yang keluar menemui kumpulan berkenaan mengajak seramai 20 orang wakil masuk ke kawasan Parlimen bagi mengadakan perbincangan sebelum kumpulan itu bersurai kira-kira pukul 12.30 tengah hari.- 17/10/2018
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 322  tetamu dalam talian