17November2018

Idris Jusoh tidak pertahan jawatan UMNO Besut

Bekas pakar strategi pilihanraya BN Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan tidak mahu dicalonkan pada pemilihan UMNO peringkat bahagian Besut 30 Jun ini.

Idris yang juga bekas Menteri Pendidikan Tinggi, tidak akan mempertahankan jawatan Naib Ketua UMNO Besut.

"Saya tidak akan menawarkan diri bertanding semua jawatan dalam parti peringkat bahagian, sebaliknya akan memberi laluan kepada orang muda menerajui parti," kata Idris yang juga Ahli Parlimen Besut.

Turut tidak bertanding adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Mohd Mahdi Musa.

Difahamkan, jawatan Ketua UMNO Besut yang kini disandang ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad akan dicabar Ahli Jawatankuasa bahagian, Ghazali Che Noh, yang juga seorang aktivitis masyarakat.

Bagi jawatan Timbalan Ketua pula, ADUN Jertih , Datuk Muhamad Pehimi Yusof, diberi laluan mudah untuk menyandang jawatan yang dilepaskan Mohd Mahdi manakala laluan mudah menanti ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman untuk jawatan Naib Ketua.

Muhamad Pehimi yang juga Setiausaha Umno bahagian, ketika ditemui hari ini berkata, mesyuarat jawatankuasa UMNO bahagian minggu lalu menerima cadangan Idris menarik diri daripada bertanding.

"Bagaimanapun, atas dasar keterbukaan parti peringkat bahagian jawatan Ketua UMNO bahagian tetap ada pertandingan antara Nawi dan Ghazali.

"Saya berharap semua ahli parti peringkat bahagian menerima keputusan dua bekas pemimpin yang tidak lagi menawarkan diri untuk bertanding sebaliknya mereka akan terus kekal menjadi ahli biasa dan menyokong kepemimpinan yang dipilih nanti," katanya.-16/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 839  tetamu dalam talian