16Oktober2018

Hubungan UMNO-PAS boleh pergi lebih jauh...

UMNO mesti berubah mengikut landskap politik semasa.

Untuk pergi lebih jauh, hubungan politik dari kepelbagaian aspek termasuk UMNO-PAS adalah permulaan langkah yang terbaik.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melahirkan keyakinan yang tinggi kepada parti ini (UMNO) untuk memahami dan menyedari akan perubahan landskap politik semasa.

“Asalkan prinsip dan falsafah parti kekal tidak berubah, saya percaya pimpinan dan ahli UMNO di pelbagai peringkat akan menyokong sebarang usaha demi masa depan UMNO.

“Ini termasuklah berkaitan perkembangan politik UMNO dan PAS.

“Kerana itu bila mengikuti perkembangan terbaru hubungan UMNO dengan PAS, ia suatu yang baik bagi masa depan kedua dua parti juga rakan dalam Barisan Nasional.

“Sudah tentu juga rakyat Malaysia. Hubungan ini, pasti akan menjadi yang lebih baik daripada Kerajaan PH yang ketika ini ” bercelaru memerintah Malaysia,” katanya pada perjumpaan bersama Ketua Penerangan UMNO Kelantan empat peringkat di Kota Bharu.

Menurut Shamsul, bagi kebanyakan rakyat yang mengikuti perkembangan politik UMNO dan PAS, pasti tahu sejarah hubungan kedua parti tersebut dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

“Jadi saya harap ianya disambut baik.

“Walau masih awal,  saya berkeyakinan bahawa hubungan PAS dan UMNO boleh pergi lebih jauh daripada sekarang. UMNO dan PAS serta rakan BN yang lain, telah melakukan yang baik sebagai pembangkang di parlimen,” katanya.

Kerjasama ini, menurut Shamsul, akan terus memasuki fasa baru apabila kehadiran Presiden UMNO di pentas PAS semasa PRK Seri Setia.

“Kemudian bersama  dengan pimpinan tertinggi UMNO ke Muktamar PAS minggu ini.

“Ini suatu perkembangan yang amat baik,” kata Shamsul.-18/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 401  tetamu dalam talian