23November2017

Himpunan pembangkang gagal kerana rakyat sudah sedar

Himpunan anjuran Pakatan Harapan (PH) pada Sabtu hambar disebabkan rakyat sudah sedar propaganda pemimpin pembangkang.
 
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pembangkang hanya menggembar-gemburkan sesuatu isu untuk menarik perhatian.
 
“Memang kita sudah menjangkakan perhimpunan ini akan hambar dan tidak ramai yang akan datang.
 
“Bagaimanapun kerajaan akan terus memberikan penjelasan kepada rakyat agar mereka memahami dengan jelas isu yang berbangkit,” katanya.
 
PH yang mensasarkan kehadiran 100,000 peserta pada acara kemuncaknya malam tadi, gagal mencapai jumlah angka yang ditetapkan.
 
Sebaliknya ia hanya dihadiri lebih kurang 10,000 peserta meskipun penganjur mendakwa seramai 25,000 peserta.
 
Walaupun himpunan itu disertai pemimpin utama PH seperti Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mat Sabu, Lim Guan Eng dan ramai lagi.-16/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 650  tetamu dalam talian