23November2017

Guan Eng salahkan Kedah sebab banjir di P.Pinang

Semua salah pihak lain... itulah cara mudah pemimpin Pakatan Harapan melepaskan diri mereka apabila situasi kusut.

Semua maklum, Lim Guan Eng menangis merayu bantuan kerana tidak pandai menguruskan krisis banjir baru-baru ini.

Kini ketika keadaan kembali tenang selepas kerajaan Pusat mengambil alih operasi bantuan banjir, Guan Eng mula menuding jari kepada Kedah pula.

Guan Eng berkata, kejadian banjir yang membimbangkan di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) sepatutnya berakhir kerana fenomena hujan lebat telah berhenti, namun bencana berkenaan masih belum selesai kerana menerima limpahan air dari Kedah.

Menurut beliau, air banjir kira-kira setinggi tiga kaki itu telah menyebabkan lebih 12,500 mangsa dari 35,000 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

“Keadaan banjir di kebanyakan tempat di negeri ini sudah mulai surut melainkan beberapa kawasan di SPU dan SPT yang menerima air dari Kedah. Banjir di negeri itu (dan melimpah ke negeri ini) merupakan faktor yang besar.

“Selama ini Pulau Pinang perlu bayar untuk bekalan air yang dibekalkan Kedah. Adakah kali ini mereka akan bayar kepada kita untuk limpahan air (banjir) ini juga? Apa lagi kita boleh buat? Itulah bala yang terpaksa dihadapi negeri ini,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis.

Pada masa sama, Guan Eng turut menyalahkan Jabatan Meteorologi yang didakwanya gagal memberi amaran awal kepada penduduk negeri ini apabila mengumumkan amaran merah pada pukul 9.30 malam, 4 November lalu iaitu beberapa jam sebelum bencana berlaku.

Guan Eng yang juga ADUN Air Puteh berkata, kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyediakan diskaun cukai pintu sebanyak 10 peratus untuk semua hartanah dan melibatkan kos RM40 juta.

Pada masa sama, pihaknya mengumumkan Sabtu dan Ahad ini sebagai Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit di bahagian pulau dan Seberang Perai bagi memberikan pertolongan kepada mangsa banjir dalam pelbagai bentuk dan cara.-10/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 619  tetamu dalam talian