Rab05162012

Kemaskini terakhir08:52:33 AM GMT

Back Berita Utama Nasional Godam web kerajaan: Ini baru permulaan, kata pakar

Godam web kerajaan: Ini baru permulaan, kata pakar

  • PDF

1hackerindonINI baru permulaannya, kata pakar yang biasa dengan kerja-kerja menggodam ini, dan lebih mengerunkan bila menurut analisis keselamatan, serangan terhadap 51 web kerajaan itu hanya strategi percubaan sebelum  melancarkan 'perang sebenar' yang lebih serius tanpa memberi sebarang amaran awal pada masa depan.

Jururunding Keselamatan di sebuah syarikat IT di ibu negara, Hazrul Hamzah, berkata kumpulan penggodam terbabit dipercayai ada muslihat tertentu kerana sanggup memaklumkan secara terbuka menerusi internet mengenai tarikh dan masa mereka akan melakukan serangan berkenaan.

“Kumpulan penggodam terbabit pasti tahu bahawa pihak kerajaan sudah tentu akan mengambil segala langkah yang mampu untuk mematahkan serangan berkenaan, justeru, dipercayai mereka tidaklah sebodoh itu.

“Serangan setakat ini dipercayai hanya untuk menguji serta menjadikan kerajaan leka seolah-olah sudah berjaya mematahkannya, sebelum mereka menggodam dan melakukan kerosakan yang jauh lebih serius tanpa amaran terlebih dulu pada suatu masa nanti.

“Selain itu, kumpulan penggodam terbabit juga sudah berjaya mendapat publisiti meluas yang dikehendaki untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa mereka membantah tindakan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.

“Mereka jelas berpegang teguh kepada prinsip kebebasan mendapatkan maklumat,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan oleh  Berita Harian.

Sebanyak 51 laman web dengan domain .gov.my diserang sejak jam 11.30 malam kelmarin sehingga pagi semalam menyebabkan sekurang-kurang 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap berbeza.

Serangan itu dikesan berlaku lebih awal daripada ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa menggelar diri mereka ‘Anonymous’ untuk menyerang portal kerajaan www.malaysia.gov.my melalui ‘Operation Malaysia’ pada jam 3.30 pagi semalam.

Hazrul berkata, ‘Anonymous’ boleh disifatkan sebagai sebuah organisasi tersusun dan disertai ramai penggodam antarabangsa yang memiliki kepakaran tinggi dalam bidang IT.

“Justeru, kerajaan diharap jangan cepat berasa lega apabila dapat mematahkan serangan ‘Anonymous’ kali ini, sebaliknya mesti mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan keselamatan rangkaian internet kerajaan sebelum mereka melancarkan serangan sebenar pada bila-bila masa yang tidak diketahui,” katanya.

Sementara itu, Sekurang-kurangnya lima laman web milik kerajaan dikenal pasti masih belum pulih akibat digodam oleh sekumpulan penggodam antarabangsa yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anonymous', yang melancarkan 'Operasi Malaysia' bagi menyerang sistem komputer kerajaan sejak kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Antara laman web yang masih belum pulih akibat serangan itu ialah Tourism Sabah; Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia; Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD); dan laman web rasmi kerajaan iaitu www.malaysia.gov.my. -16/6/2011


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.