20September2018

Gempur, ganyang, hentam pembangkang...

Gempur, ganyang dan hentam pembangkang... itu panduan yang diberikan oleh 'Kapten Pemuda BN Rembau' Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap merasmikan program gerak gempur Pemuda BN bahagian tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan berkata media sosial amat penting untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana walaupun BN mempunyai banyak fakta tetapi pembangkang tetap akan mempermainkan sentimen emosi bagi mengurangkan keyakinan pengundi.

"Jika dilihat contoh di negara-negara lain seperti kempen yang dilakukan Presiden US Donald Trump, semua kempennya berasaskan media sosial untuk meyakinkan pengundi dan dapat diperluaskan sehingga berjuta orang di seluruh negara tersebut,"katanya.

Mohamad yang juga menteri besar berkata pemuda BN perlu membidas dan menepis segala tohmahan pembangkang di media sosial agar mereka tidak bermaharajalela.

Selain itu, Briged Gempur Pemuda BN juga perlu memastikan keyakinan dan emosi pengundi terhadap BN kekal utuh dan seterusnya membantu parti itu menang selesa dengan majoriti dua pertiga pada PRU-14.

"Gempur, ganyang dan hentam pembangkang bagi meningkatkan undi majoriti supaya dapat menang dengan selesa seterusnya dapat menubuhkan kerajaan.

"Itu sebab saya bersetuju dan yakin agar Parlimen Rembau, Teluk Kemang dan Seremban mesti berada di tangan kita untuk memastikan kemenangan selesa dua pertiga BN di negeri ini,"katanya.

Sementara itu, pada majlis yang dihadiri 1,000 hadirin.-19/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 393  tetamu dalam talian