23November2017

Gelaran lanun... Komuniti Bugis desak Mahathir mohon maaf

Masyarakat Bugis di Malaysia mendesak Tun Mahathir Mohamad memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Bugis sebagai lanun.

Desakan itu dibuat melalui Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM) yang berhimpun secara aman di depan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya sebagai membantah kenyataan bersifat perkauman tersebut.

Timbalan Presiden PPRBMM, Tasman Matto yang mengetuai himpunan lebih 200 ahli pertubuhan itu berkata, kenyataan Mahathir tidak boleh diterima sama sekali, apatah lagi isu seumpama itu tidak pernah dibangkitkannya ketika mengetuai kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata, sebagai individu yang dikatakan seorang negarawan dan kini mengetuai gabungan parti pembangkang, Mahathir tidak harus mengeluarkan kenyataan mengguris hati komuniti itu serta mana-mana kaum.

“Laporan polis di seluruh negara akan dibuat jika Mahathir enggan menarik balik dan memohon maaf terhadap kenyataan yang ternyata melukakan hati Bugis yang bertapak sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia sejak sekian lama.

“Kenyataan berbaur perkauman ini amat pedih untuk diterima dan kami akan pastikan seluruh masyarakat Bugis tidak menyokong Mahathir dan partinya apabila sampai masanya kelak,” katanya selepas berhimpun kira-kira setengah jam.

Himpunan aman itu diadakan susulan ucapan Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan semasa himpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di Padang Timur, Sabtu lepas yang menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.-19/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 660  tetamu dalam talian