18Ogos2018

Felda diarah jual aset tidak strategik untuk bayar hutang

Kerajaan akan mendedahkan situasi sebenar Felda dan perancangan strategik pemulihan pada sidang Dewan Rakyat akan datang melalui pembentangan kertas putih, kata menteri hal ehwal ekonomi.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pembentangan kertas putih itu dibuat berikutan Felda kini menghadapi masalah aliran tunai yang amat kritikal disebabkan pengurusan kewangan yang lemah.

“Tumpuan segera lembaga pengarah dan pengurusan Felda baru adalah untuk memulihkan kedudukan aliran tunai Felda melalui perbincangan dengan pemiutang atau untuk menstrukturkan semula pinjaman Felda yang sudah mencecah keseluruhannya RM8.025 bilion.

“Kita akan menjual aset-aset yang tidak strategik seperti hartanah luar dan dalam negara,” katanya.

Azmin berkata demikian menjawab soalan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang memintanya menyatakan proses penstrukturan Felda terkini yang dilaporkan mengalami masalah kewangan dan urus tadbir.

Azmin berkata fokus lembaga pengarah dan pengurusan Felda baharu adalah memberi jaminan kepada peneroka supaya pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil akan dibayar mengikut jadual.

Kerajaan juga, katanya, komited untuk memulihkan Felda demi kesejahteraan peneroka.-9/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 384  tetamu dalam talian