Projeknya bernilai berbillion ringgit dan tidak lama lagi akan menjadikan Pengerang di Johor yang kini terpencil 'dihujung dunia' semenanjung Malaysia sebuah tempat sebutan ramai.
Soalnya apa yang orang di situ dapat dari projek bersepadu loji minyak dan gas RAPID bila segala yang dirancang siap kelak.
Cukupkah sekadar jadi drebar lori atau pengawal keselamatan atau penonton saja?
Mereka yang berada di Dewan Perdana Felda di komplek ibupejabat Felda di Kuala Lumpur Selasa mungkin sudah dapat merasai bibit-bibit limpahan nikmat dari projek berkenaan.
Ia majlis pelancaran kursus welding,NDT,blasting dan painting anjuran Yayasan Felda oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.
Hadir sama Ahli Parlimen Pengerang,Datuk Seri Azalina Othman Said.
Dalam dewan itu penuh sesak dengan lebih 250 anak-anak muda bersama ibubapa mereka.
Mereka adalah orang-orang dari Pengerang dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Anak-anak muda itu adalah sebahagian dari 500 orang yang akan menjalani kursus kimpalan yang tenaga kerja mahir dalam bidang itu banyak diperlukan nanti untuk RAPID.
Wajah mereka berseri-seri membayangkan kegairahan masing-masing hendak menimba satu kemahiran baru.
Lima puluh peratus kos latihan dibiayai oleh Yayasan Felda dan selebihnya ditampung menerusi pinjaman tanpa faedah.
Kursus ini akan dikendalikan dengan kerjasama The Welding Institute (TWI) dari United Kingdom.
Satu rombongan pengurusan Felda baru-baru ini telah membuat lawatan untuk meninjau kemudahan latihan berkenaan di TWI.
Mungkin ada orang yang anggap program ini kecil namun ini adalah sebahagian dari usaha yang difikirkan oleh pihak pimpinan untuk mewujudkan peluang secara langsung kepada penduduk Pengerang dan sekitarnya bagi projek RAPID.
Kata Azalina dalam ucapan beliau di majlis itu mereka yang mahir dalam bidang kimpalan itu boleh menerima gaji permulaan yang lebih banyak dari seorang graduan universiti.
Azalina memberitahu idea ini menjadi kenyataan hasil dari perbincangan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau kemudiannya menemui Isa yang menyambut baik dan bersetuju Felda menaja program berkenaan memandangkan Felda ada kawasan tanah yang luas di Pengerang.
Menurut Ahli Parlimen Pengerang yang pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pelancongan itu beliau tidak mahu anak-anak muda Pengerang sekadar menjadi pemandu lori dan pengawal keselamatan di projek gergasi itu kelak.
"Tak kan kecilnya orang Pengerang," katanya.
Beliau juga menegaskan pelancaran program itu juga membuktikan apa yang dijanjikan oleh kerajaan ditunaikan.
Isa dalam ucapan beliau menghentam tindak tanduk pembangkang yang mempersoalkan projek seperti RAPID dan Lynas.
Beliau menyingkap balik semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun bagaimana beliau bersama dua Menteri Besar lain selalu bermesyuarat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ( Timbalan Perdana Menteri waktu itu) mengurus pembinaan KLIA.
Katanya dulu OK tetapi kini bila dalam pembangkang Anwar sudah bertukar nada.
Beliau juga memberitahu ada dua kilang penapis minyak di Port Dickson sejak dulu lagi tetapi tidak timbul soal pencemaran alam sekitar dan sebagainya seperti yang cuba dikaitkan pada RAPID dan LYNAS.
Isa secara berjenaka kata tidak ada orang yang mati kerana hidu asap kilang penapis minyak itu.- 19/2/2013
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







