17Ogos2018

Enam duta ditamatkan khidmat oleh kerajaan Pakatan Harapan…

Dewan Rakyat pada Isnin diberitahu selepas pilihanraya umum ke 14 kerajaan Pakatan Harapan telah menamatkan khidmat enam orang duta negara yang dilantik secara politik oleh kerajaan BN.
 
Dua yang lain telah letak jawatan sebelum PRU14.
 
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah beritahu menerusi jawapan bertulis bahawa enam yang ditamatkan khidmat pada 30 Jun ialah Datuk Seri Zahrain Hashim (Indonesia) , Tan Sri Benard Dompok (Vitican City) , Datuk Ghulam Jelani Khanizam (Brunei), Datuk Blanche Olbery (Findland), Datuk Adeline Leong (Taiwan) dan Datuk Siow Chen Pin( Konsul Jeneral di Kunming,China).
 
Dua yang letak jawatan sebelum PRU14 ialah duta ke Amerika Tan Sri Zulhasnan Rafique pada 23 April dan duta ke Kemboja Datuk Seri Hassan Malek 31 Mac.- 6/8/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 457  tetamu dalam talian