24Mei2017

Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus suku terakhir 2016

Data terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan bahawa ekonomi Malaysia terus berkembang dan bukan seperti diuar-uarkan pihak pembangkang seolah-olah negara berada di ambang muflis dan krisis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berdasarkan pengumuman bank pusat itu hari ini, ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku keempat 2016 selain disokong peningkatan berterusan dalam perbelanjaan sektor swasta yang membawa kepada pertumbuhan keseluruhan sebanyak 4.2 peratus sepanjang tahun lalu.

Malah, pada masa sama, beliau berkata, setakat 31 Januari lalu, rizab negara berjumlah AS$95 bilion atau RM426 bilion.

“Alhamdulillah, perencanaan kita mengurus tadbir ekonomi negara berdepan cabaran global tahun lalu telah berhasil dan kita akan meneruskan lagi kerja-kerja bagi memastikan ekonomi negara kekal sihat dan pertumbuhan bertambah dari semasa ke semasa,” katanya dalam blog NajibRazak.com hari ini.

BNM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus pada suku keempat 2016, disokong oleh peningkatan berterusan perbelanjaan sektor swasta, yang menjurus kepada pertumbuhan 4.2 peratus bagi keseluruhan tahun lalu.-17/2/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 962  tetamu dalam talian