26Oktober2014

Dua hari... 148,000 daftar secara online untuk BR1M 2.0

husni-100
Seramai 148,000 orang sudah mendaftar secara atas talian untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia Ke-2 (BR1M 2) dalam tempoh dua hari sejak semalam.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ia di luar jangkaan dan menunjukkan keberkesanan pendaftaran secara atas talian untuk BR1M buat pertama kali.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pecah Tanah Rumah Anak Yatim dan Miskin Budi Mulia Nurul Huda di Tanah Hitam, Chemor, Ipoh pagi tadi.

Borang boleh diisi secara online di https://ebr1m.hasil.gov.my/

Ketika membentangkan Bejet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Sementara itu, mereka yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.-3/11/2012

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 761  tetamu dalam talian