23Oktober2017

DAP, PKR kesal DBKL tak lulus 'pesta arak'

Pemimpin DAP dan PKR kesal kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran pesta arak “Better Beer Festival 2017” yang dirancang diadakan pada 6 hingga 7 Oktober 2017 di Solaris Damansara Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan bersama pemimpin DAP dan PKR, mereka berasa kesal kerana kerajaan tempatan seperti DBKL cuba mengalih pandangan dengan berlagak jadi jaguh agama.

"Kami rasa kesal kerana kerajaan tempatan seperti DBKL cuba alih pandangan dengan berlagak jadi jaguh agama. Tindakan DBKL ini memang tidak prihatin dan kelihatan tunduk dengan permainan parti politik serta tidak mempedulikan semangat muhibah pelbagai kaum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Pembatalan acara ini juga akan menjejaskan industri pelancongan Malaysia. Ramai pelancong asing akan takut datang ke negara kerana kerajaan Malaysia dianggap sama dengan rejim yang tidak membenarkan kebebasan," kata kenyataan yang dipaparkan di media sosial.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Teresa Kok (Seputeh), Datuk Dr Tan Kee Kong (PKR-Wangsa Maju) dan Lim Lip Eng (Segambut).Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017' yang dijangka diadakan pada 6-7 Oktober ini.

DBKL dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos untuk menjalankan aktiviti tersebut di Solaris Damansara dari pukul 2 petang hingga 11 malam.

Sekiranya pihak penganjur meneruskan aktiviti tersebut tanpa kebenaran DBKL, tindakan lanjut mengikut peruntukkan undang-undang yang sedia ada akan diambil," kata kenyataan itu.

Penganjuran pesta itu sebelum ini dibantah keras oleh Pas yang turut menggesa para mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus berhubung penganjuran aktiviti seumpama itu sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan.-19/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 738  tetamu dalam talian