23November2017

Banjir: Semua pusat pemindahan di Pulau Pinang ditutup…

Banjir yang melanda di Pulau Pinang sejak Sabtu lepas reda sepenuhnya selepas tiga pusat penempatan banjir di dua daerah di negeri ini ditutup hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Polis berkata dua pusat pemindahan di Seberang Perai Utara (SPU) dan satu di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ditutup sepenuhnya bermula 12 tengah hari hingga 3 petang ini.

"Seramai 1,040 orang daripada 243 keluarga yang berlindung di empat pusat pemindahan itu telah pulang ke rumah masing-masing selepas air banjir surut sepenuhnya," katanya di sini, hari ini.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 dan 1 meter diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Setakat ini, banjir terburuk di Pulau Pinang telah meragut tujuh nyawa.- 11/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 669  tetamu dalam talian