17Januari2018

Banjir di Pantai Timur semakin buruk...

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menyatakan Jajahan Jeli merupakan kawasan terbaru dilanda bencana tersebut apabila seramai 116 mangsa daripada 30 keluarga dipindahkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) petang Selasa.
 
"Sebanyak 52 PPS dibuka di lapan jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Bachok dan Jeli, setakat petang ini," lapor Bernama.
 
"Kota Bharu masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai apabila 891 mangsa daripada 216 keluarga dipindahkan ke enam PPS; diikuti Pasir Mas dengan 667 mangsa daripada 218 keluarga ditempatkan di 17 PPS," demikian laporan agensi itu.
 
Bernama memetik portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.33 meter pada pukul 3 petang ini berbanding 10.30 meter pada 1 tengah hari tadi (paras bahaya 9 meter).
 
DI TERENGGANU, hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 1,748 orang setakat pukul 4 petang ini berbanding 1,173 orang pada 1 tengah hari tadi.
 
"Enam pusat pemindahan sementara (PPS) baharu kini dibuka untuk menampung 663 keluarga di enam daerah menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi ialah di 41 lokasi seluruh negeri.
 
"Daerah Hulu Terengganu merekodkan kenaikan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 820 orang (366 keluarga) di 20 PPS berbanding 497 orang (193 keluarga) di 18 PPS sebelum ini," kata laporan itu.
 
Bernama memetik Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan, Daerah Besut turut mencatat kenaikan jumlah mangsa iaitu 219 orang (102 keluarga) di dua PPS berbanding 116 orang (31 keluarga) pada tengah hari tadi.
 
"Di Marang pula, terdapat 64 orang (19 keluarga) ditempatkan di lima PPS manakala di Dungun, seramai 164 orang (45 keluarga) dipindahkan ke lima PPS.
 
"Sedikit kenaikan turut berlaku di Kuala Nerus menyaksikan pertambahan kepada 62 orang (22 keluarga) setelah satu lagi PPS dibuka," kata laporan itu lagi.
 
Sementara itu, Bernama memetik laman web Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan dua sungai di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 4.15 petang ini iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu mencatat bacaan 21.83 meter (m) melepasi paras bahaya 21.50 m dan Sungai Marang di Pengkalan Berangan setinggi 3.06 m (paras bahaya 3.00 m).
 
"Dua sungai yang melebihi paras amaran pula ialah Sungai Besut di Kampung La naik setinggi 20.96 m (paras amaran 20.80 m) dan Sungai Tebak di Jambatan Tebadi Jambatan Tebak, Kemaman setinggi 17.88 m (paras amaran 17.80 m)," sebut laporan itu.-29/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 802  tetamu dalam talian