23November2017

Azmin takut bayang-bayang sendiri...

Tindakan menghalang kakitangan kerajaan Selangor melanggan Utusan dan Berta Harian membuktikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seorang yang penakut.

ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi berkata arahan semua jabatan, agensi serta anak syarikat kerajaan negeri menghentikan langganan dua akhbar utama di Malaysia itu merupakan tindakan politik bagi menyekat pihak akhbar daripada mendedahkan kelemahanMenteri Besar Selangor itu.

Budiman berkata, Azmin harus berfikiran terbuka serta berani menerima kritikan daripada pelbagai pihak khususnya media termasuklah membabitkan hal-hal dalam pentadbirannya.

“Bagaimanapun, beliau (Azmin) bertindak seper­ti takut kepada bayang-bayang sendiri. Jangan anggap media sebagai batu penghalang kepada cita-cita politiknya.

“Menteri Besar perlu ingat pentadbirannya bukanlah maksum. Justeru, isu atau masalah yang dilaporkan mengenai kelemahan pentadbiran Selangor harus dijadikan fokus kepada beliau untuk membuat penambahbaikan, bukannya menuduh akhbar itu sebagai penyebar fitnah,” katanya.-14/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 659  tetamu dalam talian