23November2017

Azmin jangan ikut hati... ikut akal, pesan Puteri UMNO

Kerajaan negeri Selangor berfikiran jumud apabila mengeluarkan arahan pemberhentian langganan akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan Berita Harian.
 
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan tersebut mengambarkan seolah-olah kerajaan PKR Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali takut dengan peranan akhbar arus perdana berkenaan.
 
Sedangkan, kata beliau, akhbar-akhbar tersebut bukan hanya menyiarkan berita secara langsung kepada rakyat tetapi memaparkan berita terkini tentang apa yang berlaku di dalam dan luar negara.
 
“Perkara ini saya rasa seperti tidak matang oleh Menteri Besar di Selangor. Saya harap mereka mempertimbangkan semula kerana Utusan Malaysia dan Berita Harian harus ada jualan dan lain-lain.
 
“Saya berharap Mohamed Azmin tidak bersikap mengikut hati tetapi ikutlah akal fikiran,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Ke-14 Puteri UMNO negeri yang disempurnakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini hari ini.
 
Yang hadir sama Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Ketua Puteri UMNO negeri, Azlina Azma Mohd. Azmi.
 
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan tindakan kerajaan negeri Selangor yang sekali lagi mengeluarkan arahan kepada semua jabatan, agensi dan anak-anak syarikatnya supaya menghentikan langganan akhbar Utusan dan Berita Harian berkuat kuasa serta merta.
 
Arahan itu dikeluarkan menerusi surat pekeliling bertarikh 9 November yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya.-13/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 650  tetamu dalam talian