15November2018

Apa sumbangan kerajaan PH kepada negara, rakyat?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik kenyataan kerajaan yang memberi bayangan untuk menghentikan subsidi dengan alasan rakyat menjadi malas.

Katanya, kerajaan BN sebelum ini tidak pernah menyatakan pemberian bantuan atau subsidi seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi menggantikan gaji.

Menurutnya, apa yang dilakukan adalah society safety net bagi membantu rakyat melengkapkan kekurangan daripada pendapatan harian mereka.

"Baharu semalam dalam Facebook Live saya cakap mengenai perlunya kerajaan hari ini fikirkan masalah yang dihadapi rakyat dan tingkatkan usaha beri bantuan.

"Hari ini keluar kenyataan bahawa kerajaan bayangkan untuk hentikan subsidi, kononnya ia sebabkan rakyat tak mampu fikir, jadi malas tak boleh berdikari, duduk tak buat kerja pun boleh dapat duit. Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tak mampu berfikir?" soalnya menerusi hantaran di Facebook..

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan tiada lagi pemberian subsidi kepada rakyat terutamanya perusahaan kecil dan sederhana di negara ini.

Beliau berkata, subsidi hanya membuatkan seseorang itu tidak mampu berfikir dan tidak boleh berdikari.

Jelasnya, kerajaan kini tidak lagi seperti kerajaan terdahulu yang selalu memberi subsidi kepada kebanyakan rakyat.

Mengulas lanjut, Najib berkongsi kisah mengenai seorang penerima bantuan subsidi mesin jahit.

"Dia boleh buat meniaga dari rumah, tak perlu kerja malam, dia cukup gembira. Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tak mampu berdikari?

"Sudahlah harga barangan makin hari makin naik, ekonomi makin teruk, ringgit makin jatuh, pendapatan negara pun berkurang bila mereka gantikan GST (cukai barang dan perkhidmatan) dengan SST (cukai jualan dan perkidmatan). Setiap hari rakyat dihina," katanya.-1/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 821  tetamu dalam talian