15November2018

Apa jadi dengan janji PH kepada Sabah, Sarawak...? - Najib

Kerajaan digesa menjelaskan status janji-janji Pakatan Harapan kepada pengundi Sabah dan Sarawak, terutama membayar balik 50% daripada hasil cukai yang dikutip, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Orang yang membuat janji untuk memulangkan 50% hasil cukai ini sudah menjadi menteri kewangan dan kini dia ada kuasa untuk memenuhi janji,” katanya di Facebook.

Beliau turut tertanya mengenai rancangan Pakatan Harapan menjana 1 juta pekerjaan dengan gaji minimum RM2,500.

“Yang dilulus selepas pilihan raya umum ke-14 hanya RM1,050 sebulan,” katanya.

Bekas perdana menteri mengingatkan sokongan pengundi Sabah dan Sarawak memastikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan.

Beliau juga menggesa kerajaan jangan mengambil kesempatan ke atas rakyat Sabah dan Sarawak yang tidak membaca manifesto pilihan raya PH.

“Patutkah sokongan ini dibalas dengan memenuhi janji-janji khusus kepada Sabah dan Sarawak?” katanya.

Najib berkata pentadbirannya banyak memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak dari segi projek pembangunan, hak dan peruntukan kerana mereka tidak diberi layanan yang adil sebelum ini.

“Sabah dan Sarawak dekat dengan hati saya,” katanya.-18/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 812  tetamu dalam talian