16Oktober2018

Anwar kritik SPR, Bersih... susahkan calon bertemu pengundi

Jika dulu, jarang-jarang kita dengar pemimpin kerajaan menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tapi di zaman serba boleh ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tradisi mengkritik

“Selain memantau, SPR dan Bersih sepatutnya berperanan sebagai pemudah cara bagi memastikan calon dan pengundi boleh berkomunikasi sepanjang tempoh kempen,” katanya.  

“[...] tanpa melanggar sebarang peraturan, atau jika peraturan tertentu itu terlalu mengekang pergerakan calon dan melarang pengundi bertemu pemimpin mereka," kata Anwar.

Menegaskan beliau menghormati peranan mereka, ketua umum PKR berharap ada fleksibeliti pada masa depan untuk calon bertemu pengundi.

Beliau membuat penjelasan berkaitan kritikannya terhadap SPR dan Bersih dalam pilihan raya kecil Port Dickson.

Anwar sebelum ini dilapor mengkritik suruhanjaya dan badan bukan kerajaan itu sebagai “salah guna kuasa” dan “keterlaluan”.

Sabtu lalu, calon Pakatan Harapan menghadiri konsert anjuran Kelab Anwar Ibrahim sekalipun Bersih 2.0 melarangnya.

Sementyara itu, Anwar turut meluahkan kebimbangan pengundi mungkin tidak keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson Sabtu depan.

Menurutnya berdasarkan tinjauan yang menunjukkan pengundi mungkin berasa yakin dan telah berpuas hati bahawa calon pilihan mereka akan menang, justeru tidak perlu lagi bagi mereka keluar mengundi.

“Saya mahu merayu di sini agar beritahu anggota keluarga yang di luar untuk datang balik mengundi, saya minta tolong sebab kalau saya jadi ahli Parlimen Port Dickson, saya akan usahakan untuk tolong Port Dickson bangkit semula.

“Tapi sebelum itu, saya minta kawan-kawan keluar mengundi panggil anak-anak dan keluarga yang berada di luar kerana terlalu ramai kawan-kawan kita yang berada di luar,” katanya.-8/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 392  tetamu dalam talian