17November2018

Ambik ubat... Kedah umum tangguh semua projek lebih RM100,000

Masuk saja pejabat hari ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang baru, membuat pengumuman khas iaitu semua projek kerajaan negeri dan syarikat milik kerajaan (GLC) bernilai lebih RM100,000 ditangguhkan bagi membolehkan penilaian semula dilakukan.

Menurutnya, penangguhan itu termasuk lima projek menaik taraf loji rawatan air yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Saya mengarahkan semua perbelanjaan kerajaan negeri dan GLC yang bernilai lebih RM100,000 ditangguhkan dulu termasuk kontrak-kontrak loji rawatan air.?

“Yang mana saya mendapat tahu, ada beberapa kontrak ditandatangani dua hari sebelum pilihan raya umum (PRU). Saya akan dapatkan nasihat daripada penasihat perundangan untuk memgetahui sama ada surat anugerah kepada kontraktor berkenaan sah atau tidak,” katanya.

Sementara itu, tidak seperti di Johor, Mukhriz berkata kerajaan beliau akan membeir peruntukan kepada ADUN pembangkang.

“Sewaktu kami menjadi pembangkang dulu, ini antara aduan kami kepada kerajaan BN. Apabila kami menjadi kerajaan, tentu kami akan beri pertimbangan sewajarnya.

“Kami telah bincang soal ini semalam namun masih perlu diperhalusi kaedah pelaksanaannya,” katanya.-14/5/2018 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 544  tetamu dalam talian