15Disember2017

Akhirnya... Mahathir calon PM Pakatan

Ingat lagi jeritan ''Mahathir undur'... Mahathir letak jawatan, letak jawatan sekarang' yang dilaungkan oleh penyokong pembangkang yang ironinya menamakan Tun Mahathir Mohamad semula sebagai calon PM mereka.

Tiga daripada empat parti komponen dalam Pakatan Harapan mencadangkan Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri interim dan timbalan perdana menteri masing-masing sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut laporan beberapa portal berita tempatan yang merujuk kepada sumber, cadangan tersebut diketengahkan dalam pemukiman pemimpin Harapan pada 1 dan 2 Disember di Putrajaya.

Tiga parti yang dikatakan menerima cadangan tersebut adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan juga PAN.

Setakat ini, hanya PKR belum memberi kata putus memandangkan perkara tersebut ingin dibincangkan di peringkat biro politik.

Selain itu, pemukiman Harapan tersebut dihadiri kepimpinan tertinggi dari semua parti komponen turut menetapkan agar pembahagian kerusi dalam PRU 14 diselesaikan menjelang akhir bulan ini.-4/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 759  tetamu dalam talian