16Disember2017

9,000 pelajar tahfiz di sekolah kerajaan...

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab kepada beberapa buah sekolah selain sekolah tahfiz  dalam usaha penambaikan  terhadap pendidikan agama Islam samada secara langsung atau tidak langsung selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata, sehingga kini pelaksaan tersebut telah dijalankan di 11 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), empat buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan 16 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melibatkan 9 ribu murid serta 511 guru tahfiz.

"KPM juga bersedia memperluaskan modul tahfiz jika mendapat kelulusan waran penjawawatn daripada agensi pusat. Selain itu, pihak KPM juga sedang bercadang untuk memperkenalkan modul tahfiz dan vokasional di SMKA," katanya dalam sesi Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan ahli parlimen, Nasrudin bin Hassan (PAS-Temerloh) yang ingin tahun adakah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan modul tahfiz di sekolah selain sekolah tahfiz.

Tambah Kamalanathan antara usaha penambahbaikan pendidikan Islam yang dilaksanakan adalah melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan memasukkan elemen-elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), dan konsep wassatiyyah.

“Yang kedua pula penambahbaikan program memperkasakan sekolah agama dengan melaksanakan kurikulum bersepadu dini dan kurikulum bersepadu tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan secara berperingkat bermula tahun 2015,” katanya.

Ujarnya lagi, kurikulum Pendidikan Islam sedia ada telah memberikan penekanan kepada ilmu amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan.

"Diharap, dengan pendekata ini akan melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan patriotisme yang tinggi. Oleh itu, kami merasakan kurikulum yang sedia ada masih relevan dalam pembentukan akhlak dan tingkah laku remaja di sekolah," katanya.-21/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1049  tetamu dalam talian