22Oktober2017

Mukhriz oh Mukhriz...jangan fikir Kit Siang dan Mat Sabu budak darjah satu

Indah sungguh politik.Ini kalau kita guna pakai cakap bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kita tidak boleh salahkan anak bekas Perdana Menteri ini.Beliau mungkin teruja melihat bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mampu kumpul banyak taiko musuh politiknya dalam satu dewan Jumaat lalu.

Semuanya tampil dengan senyum politik dan bertepuk tampar bagai buddy-buddy di Rumah Alumni Universiti Malaya untuk tayang kepada satu negara bagaimana mereka boleh duduk dibawah satu bumbung untuk tandatangan deklarasi singkir Datuk Seri Najib Tun Razak.

 


Kata Mukhriz dalam satu kenyataan Sabtu untuk tangkis keraguan pada tindak tanduk bapanya - mereka hanya nak singkir Najib saja dan BN tidak akan jatuh selepas matlamat mereka berjaya.

 


Menurutnya langkah Dr Mahathir mempelopori usaha itu tidak akan beri apa-apa faedah kepada pembangkang.

 


"Apakah BN akan jatuh jika Najib letak jawatan.BN masih kuasai majoriti di Dewan Rakyat.

 


"Apa yang perlu dibuat cuma lantik Perdana Menteri baru dikalangan Ahli Parlimen BN dan bukan pembangkang," katanya.

 


Rasa-rasanya seorang pakar politik pun boleh naik bingung mendengar analisis cetek Mukhriz ini.

 


Tidak hairanlah mengapa Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa yang lama bergiat dalam politik secara sinis menyifatkan majlis deklarasi anti-Najib satu drama yang menarik.

 


Sebenarnya kalau selak balik sejarah politik negara aksi seperti ini tidak pernah berlaku.

 


Cuba ingat balik zaman Dr Mahathir perintah 22 tahun berdepan dengan reformasi dan segala macam tentangan tidak lalui satu drama macam ini.

 


Malah Allahyarham Tun Hussien Onn yang ' terkilan' dengan Dr Mahathir selepas menyerah kuasa padanya,begitu juga Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah bertanding dengannya tidak pernah anjur majlis seperti ini.

 


Ia ibarat satu fantasi dan realiti.

 


Cuba tanya seikhlasnya pada Mukhriz apakah beliau rasa taiko-taiko pembangkang macam Lim Kit Siang,Datuk Seri Azmin Ali,Mat Sabu,Datuk Ambiga dan lain-lain datang ke majlis itu semata-mata kerana nak dokong impian Dr Mahathir.

 


Jawabnya..boleh kerat jari,mereka mahu tayang muka di situ jika tidak nampak ia boleh beri untung politik pada usaha merobek BN.

 


Senang cakap...ia macam budak-budak ajak kawannya main pondok-pondok.

 


Hari ini kita kumpul-kumpul hentam si polan....dia jatuh...esok kita gaduh balik.

 


Hari ini buat 'gencatan senjata' kumpul-kumpul di Rumah Alumni Universiti Malaya tandatangan deklarasi,lepas najib dijatuhkan,asah balik parang untuk kembali tikam dan bunuh berperang.

 


Juga cuba tanya Lim Kit Siang apakah beliau selesa dengar kenyataan Mukhriz itu yang boleh buat beliau nampak bodoh sangat.

 


Bayangkan lepas bersusah payah bersama gengnya dalam Pakatan tolong Dr Mahathir jatuhkan Najib....kemudiannya mereka ucap bye-bye...putih mata tengok orang BN lain jadi Perdana Menteri.

 


Selepas itu Dr Mahathir dan orang-orangnya akan kembali berkempen gasak pembangkang kaw-kaw menjelang pilihanraya umum ke 14 nanti.

 


Cuba bayang senario yang cacamarba itu.

 


Siapa saja akan merasa mereka jadi macam kartun dan kuda tunggangan kalau begitu.

 


Yang pasti Lim Kit Siang,Azmin Ali dan Mat Sabu tidak sebodoh itu untuk sua tengkok masing-masing kalau tidak nampak ada 'kesempatan dalam kesempitan'.

 


Mungkin Presiden PAS,Datuk Seri Haji Hadi Awang yang tidak mahu sertai majlis deklarasi itu sudah awal-awal nampak semua sandiwara ini.

 


Mukhriz tidak perlulah bagi komenter serendah itu untuk menghalalkan cara... yang boleh buat budak darjah satu pun geli nak ketawa.- 6/3/2016

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 699  tetamu dalam talian