31Mac2017

Meninjau kilang pembuatan produk McDonald’s

Pada satu hari yang bertuah awal mac lalu, saya dan sekumpulan blogger diberikan peluang untuk membuat lawatan dan tinjauan ke MacFood Services (M) Sdn Bhd, kilang yang mengeluarkan produk-produk McDonald’s untuk pasaran Malaysia dan Timur Tengah.

MacFood Services merupakan syarikat pengeluar makanan yang mengeluarkan produk makanan bagi restoran makanan segera, McDonald’s.

Keluasan kilang tersebut tidak termasuk gudang penyimpanannya adalah lebih 200,000 kaki persegi yang terletak di kawasan perindustrian Subang Jaya.

Kebersihan produk dan penyediaan yang teliti adalah sebab utama MacFood Services menjadi peneraju utama syarikat pengeluar makanan di Malaysia.

MacFood mempunyai pengalaman lebih dari 25 tahun dalam bidang membekal makanan halal.

MacFood telah mendapat pengiktirafan dari pihak antarabangsa dan tempatan dalam mengenakan kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi.

Untuk rekod, ketika kereta yang dinaiki saya memasuki pagar utama MacFood... saya diarahkan menukunkan cermin dan suhu badan diambil.

Siapa yang demam tidak dibenarkan menyertai tinjauan tersebut.

Yang hadir untuk memberikan taklimat kepada kami bertujuh adalah Pengarah Eksekutifnya Bob Chan.

Orangnya baik dan tidak jemu menjawab berbagai soalan kami bahkan beliau sendiri yang mengetuai kami meninjau proses menghasilkan produk tersebut.

Sepanjang masa berjalan dengan Bob Chan saya merasakan beliau seorang yang cukup kuat berpegang kepada prinsip intergriti, beliau sentiasa menekankan soal kualiti perkhidmatan bersih, halal dan bermutu.

Menurut Bob Chan, pihaknya bukan sahaja mementingkan kualiti dan kebersihan produk yang dikeluarkan daripada kilang mereka, tetapi konsep halal mesti juga diterapkan dalam penyediaan produk itu agar ia boleh diterima pelbagai masyarakat di negara ini.

“Bagi saya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalankan tugas mereka dengan sangat baik terutama memastikan konsep halal itu dapat dipraktikkan bukan sahaja melalui penyediaan makanan, tetapi proses pembuatannya dan juga barangan yang digunakan dalam kilang ini,” katanya.

Beliau berkata, MacFood Services mengangkat konsep halal agar dapat digunapakai secara telus dalam setiap proses pembuatan makanan di negara ini.

Tidak hairanlah eksport utama produk MacFood Services adalah ke pasaran Timur Tengah.

Selain itu, McDonald's Malaysia merupakan restoran khidmat segera yang pertama di iktiraf halal.

McDonald's telah menetapkan syarat-syarat yang sangat ketat dalam memastikan produk makanan agar menepati piawai halal yang telah ditetapkan oleh JAKIM. Ini bagi memastikan setiap proses dan pemeriksaan yang telah dilaksanakan mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM.

Dalam taklimat yang diberikan, kami diberitahu bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM, McDonald's perlu memastikan hanya pembekal yang mandapat pengiktirafan dan disahkan halal oleh JAKIM sahaja boleh membekalkan produk kepada mereka.

Ini bermakna pembekal bahan makan ke McDonald's pun JAKIM akan buat pemeriksaan.

Selain pembekal tempatan, McDonald's juga mempunyai pembekal dari luar negara. Sepertimana pembekal tempatan, pembekal luar negara juga akan melalui proses yang sama smeperti pembekal tempatan oleh penguatkuasa Halal di luar negara. Pembekal luar negara diwajibkan mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh pihak JAKIM.

Selain JAKIM , McDonald's juga mempunyai jawatankuasa halal sendiri dan juga penasihat bebas yang akan memastikan setiap produk makanan McDonald's 100 peratus halal menepati kehendak syarak serta berkualiti tinggi.

JAKIM dan SIRIM akan sentiasa melakukan pemeriksaan ke premis MacFood bagi memastikan kawalan piawaian makanan oleh MacFood sentiasa mengikut standard dan halal. Pemeriksaan ini akan dibuat secara rawak bila-bila masa tanpa memberi apa-apa notis.

Ini bagi memastikan agar MacFood sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

Dalam memastikan produk keluarnya halal dan terbaik, MacFood amat menitik beratkan kesihatan pekerjanya. Mana-mana pekerja yang kurang sihat tidak akan sesekali dibenarkan masuk ke premisnya.

Ini bagi memastikan kualiti makanan tidak terjejas akibat daripada kesihatan pekerjanya.

MacFood akan memastikan setiap bahan terutama berkaitan makanan yang masuk ke premisnya adalah halal dan disahkan oleh JAKIM. Kawalan ketat ini bukan sahaja menjamin keselamatan produknya bahkan memberi keyakinan kepada pelanggannya.

Jika dibuat bandingan dengan makanan yang anda proses untuk masak sendiri dari rumah setiap hari, saya pasti belum tentu JAKIM akan mengiktiraf masakan anda halal 100 peratus walaupun anda seorang muslim. Ini kerana standard halal JAKIM merangkumi semua aspek termasuk kebersihan dan kesihatan.

Pengalaman saya sendiri masuk ke premis pembuatan nugget, prosesnya amat rumit.

Pertama, semua logam perlu diasingkan dari tubuh badan anda, anda diberikan pakaian khas yang menutup semua ruang dan kulit kecuali mata. Dengan pakaian khas ini anda perlu melintasi dua pintu kawalan yang diperiksa setiap kali melintasinya.

Masuk saja ke ruangan yang ditetapkan kelihatan dapur pemprosesan dengan keadaan semua pekerja berpakaian seperti anda... berbungkus semua kecuali mata.

mesin yang digunakan amatlah bersih, tiada minyak kotoran, semua pekerja perlu mempastikan tahap kebersihan terjaga, dapur berjalan untuk tiga shif sehari, dua untuk memperoses satu untuk pembersihan.

daging yang digunakan untuk membuat nugget adalah daging segar beku, suhu daging selepas diproses dikekalkan kepada -14°c sehingga ke restoran McDonald’s, dimasak dan dijual kepada pelanggan.-28/3/2016


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 611  tetamu dalam talian