16November2018

Pengkalan Kubor: Tumpu raih undi pengundi muda - Khairy

Pemuda UMNO akan memastikan 45 peratus pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubur didekati jentera pergerakan itu sepenuhnya sebelum pilihan raya kecil kawasan itu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata undi kumpulan berkenaan adalah penting bagi memastikan DUN itu kekal di tangan Barisan Nasional (BN), lebih-lebih lagi majoriti yang dimenangi tidak begitu besar.

"Saya pun dah arahkan Naib Ketua Pemuda ke sana sejak minggu lepas. Kita dah buat persiapan awal dan kita sedang kumpulkan maklumat tentang prngundi-pengundi muda di sana.

Pengundi-pengundi muda di bawah 40 tahun di Pengkalan Kubur adalah seramai 45 peratus, jadi agak tinggi. Bagi saya amat penting bagi kita cuba mendekati seramai mungkin," katanya pada Isnin.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU 2013, Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor pada 25 Sept manakala penamaan calon pada 13 Sept.-1/9/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 756  tetamu dalam talian