20September2018

Pengkalan Kubor: Jentera PAS terlibat kemalangan maut

Al Fatihah...ini berita dukacita yang terpaksa juga dihebahkan....mengenai Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan Safrizal Tarmizan, 31, (gambar) bersama ibunya yang meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan maut awal pagi ini.

Kejadian berlaku selepas allahyarham pulang berkempen di Pengkalan Kubor, Tumpat.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan Norazman Mohamad yang mengesahkan kejadian itu berkata turut bersama Safrizal pada ketika itu ialah isterinya dan seorang anaknya yang berusia kira-kira tiga tahun.

"Safrizal dan ibunya meninggal dunia. Isterinya mengalami kecederaan dan anaknya difahamkan mengalami pendarahan otak.

"Isteri dan anaknya sedang dirawat di Hospital Kuala Krai, manakala mayat Safrizal dan ibunya sedang dibedah siasat di hospital yang sama," katanya.

Norazman berkata selepas bedah siasat, jenazah Safrizal dan ibunya akan dibawa pulang dan akan dikebumikan di Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, beliau berkata Safrizal berada di Kelantan dengan dua tujuan iaitu untuk berkempen di Pengkalan Kubor dan  untuk mengambil isteri, anak dan ibunya yang sedang berada di Kota Bharu sebelum pulang ke rumah mereka di Seremban.

"Pada Khamis beliau pergi ke Pengkalan Kubor untuk membantu jentera di sana berkempen.

"Dalam perjalanan pulang ke Seremban tengah malam Jumaat, beliau terbabit kemalangan di kilometer 106.2 Jalan  Kuala Krai-Gua Musang, kira-kira pukul 1 pagi Sabtu," katanya.

Katanya, Safrizal yang merupakan bekas pelajar Universiti Al-Azhar sempat menyatakan harapannya yang tinggi untuk melihat PAS menang di Pengkalan Kubor bagi mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap parti itu.

Safrizal juga disifatkan sebagai seorang yang ceria dan boleh dibawa berbincang.-20/9/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 363  tetamu dalam talian