14November2018

Pengkalan Kubor: Apapun PAS 'memekak', PKR dah ada calon-calonnya

Di sebalik hasrat PAS hendak ambik balik DUN Pengkalan Kubor yang merupakan kerusi PKR, parti Datuk Seri Anwar Ibrahim itu jalan terus dengan rancangan mereka.

Walaupun yang bercakap nak ambik balik kerusi tersebut adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah tapi PKR 'pandang sepi' saja.

Tak ada ke tak ada jentera soal kedua, yang penting kerusi PKR, PKR nak bertanding. Apapun PAS nak 'memekak' tak jalan, anggap itu hanya 'proses dalam politik' saja.

Ini kerana menurut Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Ab Kadir, parti itu sudah menyenarai pendek nama-nama calon yang akan bertanding pada pilihanraya kecil DUN  Pengkalan Kubor tidak lama lagi.

“Apa yang pasti nama-nama terbabit merupakan anak-anak tempatan Tumpat termasuk ada tokoh berpangkat Datuk. Kita pastikan mereka dikenali penduduk tempatan,” katanya dipetik Harakahdaily.

PKR negeri mengadakan pertemuan dengan jentera PKR Tumpat bagi membuat persiapan awal menghadapi pilihan raya.

Manakala PAS pula sudah membuat persiapan akhir sebelum membuka markas besar di Kampung Geting.

PRK Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar di China pada 20 Ogos lalu. Beliau menang tiga penggal di DUN itu.

Abdul Aziz juga berkata, biar pun PKR tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi berbanding PAS, namun mereka mengharapkan kerjasama padu rakan Pakatan dalam misi merampas semula DUN berkenaan.

“Biar pun ada suara-suara dalam kalangan muslimat dan pemuda negeri mahu DUN terbabit dikembalikan kepada PAS, namun ia dianggap sebagai proses dalam politik,” katanya.

Pada Rabu, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata kerusiDUN Pengkalan Kubur yang diberi kepada PKR pada PRU13, hanyalah sebagai pinjaman sahaja dan PAS boleh kembali mempertahan kerusi itu berikutan ada sokongan kuat dari akar umbi.

"Kerusi itu memang milik PAS sebelum ini, tetapi atas dasar pakatan kita beri pinjam kepada PKR untuk bertanding menentang BN dalam PRU-13 lalu," katanya.

Sebelum ini, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof berkata parti itu sudah memberi laluan kepada PKR beberapa penggal sebelum ini untuk merebut kerusi tersebut, tetapi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu gagal.

“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baru," kata Siti Zailah.

“PAS perlu mengisi tempat itu (DUN Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan,” katanya.-28/8/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 467  tetamu dalam talian