22Mei2018

Zahid nafi klip audio tular marah Pemuda UMNO adalah suaranya...

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO menafikan beliau ada orang dalam rakaman audio yang tular di media sosial konon memarahi Pemuda UMNO.
 
“Itu bukan saya.Kepada ahli-ahli UMNO terus rapatkan saf walaupun kita diuji dari pelbagai sudut.“Insya-Allah ujian ini mahu memperlihatkan daya tahan dan kekuatan perjuangan kita,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam Twitternya Rabu.
 
Semalam beredar klip audio  berdurasi 12 saat yang memaparkan kata-kata kesat didakwa adalah suara Zahid.
 
Antara kandungannya ialah memarahi Pemuda UMNO kerana gagal membela bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diserang, tetapi kini tampil mendesak pemimpin itu meletakkan jawatan.- 16/5/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 697  tetamu dalam talian