09Disember2018

Zahid kembali ke SPRM sambung keterangan…

Setelah lebih lapan jam semalam,Rabu….Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi kembali ke ibupejabat SPRM di Putrajaya pagi Khamis untuk sambung keterangan mengenai isu dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya.
 
Ini adalah kali ke empat bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipanggil beri keterangan oleh SPRM sejak pertama kali 2 Julai lalu.
 
Zahid kelihatan riang dan lambai tangan kepada wartawan dan jurugambar ketika keuar dari keretanya ketika tiba di ibupejabat  SPRM pada 9.15 pagi.
 
Anak beliau Datuk Nurulhidayah tiba secara berasingan pada pukul 9.22 pagi.- 11/10/2018
 
 

 
Zahid beri keterangan SPRM lebih lapan jam...
 
 
 
KEMASKINI : Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi beri keterangan lebih lapan jam kepada SPRM mengenai isu dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya.
 
Beliau tiba di ibupejabat SPRM di Putrajaya 9.20 pagi Rabu dan meninggalkan bangunan itu 5.40 petang.
 
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu kelihatan relaks dan tersenyum semasa disapa oleh kalangan wartawan dan jurugambar yang lama menunggu.
 
Difahamkan beliau mungkin dipanggil lagi dalam masa terdekat.
 
Namun ketika ditanya Zahid kata beliau akan pilih waktu dan tarikhnya.
 
Sebelum itu anak perempuan Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah dan adik beliau Datuk Seri  Mohd Nasaee Ahmad Tarmizi meninggalkan bangunan berkenaan pada jam 4.50 petang.
 
Ditanya wartawan,Nurulhidayah nafi beliau disiasat SPRM.
 
Katanya beliau cuma datang untuk menemani bapanya.- 10/10/2018 
 
 
 
Zahid kini di SPRM beri keterangan…tiada perhimpunan
 
 
Suasananya tenang tenang saja ketika Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi tiba di bangunan ibupejabat SPRM di Putrajaya pagi Rabu untuk beri keterangan mengenai isu dana Yayasan Akal Budi.[ Gambar The Star}.
 
Seperti permintaan beliau sebelum ini tidak kelihatan mana mana ahli UMNO dan orangramai berkumpul di situ sebagai tanda solidariti padanya.
 
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tiba jam 9.20 pagi menaiki sebuah SUV warna putih.Beliau melambai tangan kepada para wartawan dan jurugambar yang membuat liputan.
 
Ini adalah kali ketiga Zahid dipanggil beri keterangan kepada SPRM sejak Julai lalu.
 
Yayasan Akal Budi ialah sebuah yayasan milik keluarga Zahid dan sebahagian besar dana disalur oleh beliau sendiri.
 
Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk sebelum ini kata beliau reda jika kerja-kerja amal jariah seperti membina Maahad Tahfiz telah diklasifikasikan oleh SPRM sebagai memperolehi rasuah.
 
“Saya hanya lakukan kerja-kerja amal jariah untuk membina Maahad Tahfiz bagi hafiz-hafiz yang sudah hafal 30 juzuk al-Quran dari seluruh negara.
 
“Ini bagi membolehkan mereka mengambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan syahadah (sijil) al-Hafiz serta diploma al-Quran untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi ke universiti dalam dan luar negara,” katanya.- 10/10/2018
 
 
 
 
Zahid pula dipanggil SPRM…minta ahli UMNO jangan buat perhimpunan
 
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang dipanggil ke ibupejabat SPRM di Putrajaya Rabu ini untuk beri keterangan meminta orangramai dan ahli parti tidak adakan sebarang perhimpunan di situ.
 
Katanya beliau akan beri kerjasama penuh kepada SPRM
 
Beliau membuat permintaan itu menerusi twitternya tidak lama selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam beritahu menerusi facebooknya bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah dipanggil ke ibupejabat SPRM pada jam 10 pagi Rabu.
 
Serentak itu Lokman yang juga Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan menyeru semua rakyat, khususnya ahli dan kepimpinan UMNO untuk hadir sama sebagai tanda solidariti pada Zahid  jam 9.30 pagi dihadapan ibu pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya.
 
“Atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada hari Rabu pagi nanti di hadapan ibupejabat SPRM. Saya hanya akan memberi keterangan. Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kepada pihak SPRM,”kata Zahid di twitternya petang Isnin.
 
Ekoran permintaan Zahid itu Lokman telah umum pembatalan perhimpunan yang dirancang itu.
 
Cakap cakap mengenai SPRM akan panggil Zahid beri keterangan sudah kedengaran kebelakangan ini.
 
Ini adalah kali ketiga Zahid dipanggil beri keterangan.
 
Pada Julai lalu beliau beri keterangan selama tujuh jam berkaitan kes pengunaan dana dalam Yayasan Akal Budi milik keluarganya untuk bayar kad kredit miliknya dan isterinya pada tahun 2014 dan 2015.
 
Zahid sudah jelaskan ia berlaku kerana kesilapan kakitangan yayasan dan beliau sudah bayar balik semua wang berkenaan.
 
Selain itu beliau beri keterangan mengenai dakwaanya pernah temui wakil keluarga diraja Arab Saudi yang beri sumbangan derma RM2.6 billion kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Seperti diduga kebelakangan ini lepas seorang ke seorang pimpinan UMNO kini berdepan dengan ujian.
 
Pada 5 Okotber Datuk Seri Azeez Rahim Ahli Parlimen Baling yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dibebaskan setelah ditahan reman sejak 26 September oleh SPRM untuk siasatan berkaitan kes rasuah.- 8/10/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 376  tetamu dalam talian