14Disember2018

Zahid adakan pertemuan dengan Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen UMNO

Hidup UMNO…laungan itu bergema dengan penuh semangat di Auditorium UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang Ahad diakhir pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bersama Ketua-ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara.
 
Pertemuan yang diadakan ketika pelbagai spekulasi melanda UMNO gara gara tindak tanduk dua Ahli Parlimen keluar parti berlangsung dalam suasana mesra.
 
Selain mendengar amanat dari Zahid majlis dailoq mengenai isu semasa juga diadakan dimana kalangan Ketua UMNO Bahagian berpeluang menyuarakan pandangan mereka.
 
Sebelum program berkenaan Zahid telah mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO.
 
Pada mesyuarat itu Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Datuk Musa Sheikh Fadzir, Pengerusi UMNO Pulau Pinang telah angkat sumpah sebagai Ahli majlis Tertinggi lantikan.
 
Kalangan Ketua UMNO Bahagian yang ditemui selepas pertemuan dengan Zahid berpuashati dengan majlis dialog yang diadakan.
 
Mereka juga menilai tindakan terbaru Datuk Seri Mustapha Mohamad,Ahli Parlimen Jeli dan Datuk Seri Anifah Aman Ahli Parlimen Kimanis keluar UMNO tidak menjejaskan parti dan semangat mereka.
 
Sementara itu pada sebelah malam Zahid telah mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen UMNO di PWTC.- 23/9/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 563  tetamu dalam talian