26Jun2017

Yayasan TH beri sumbangan tanpa kira fahaman politik

Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, memberi jaminan Program Ziarah Kasih Bantu Rakyat anjuran Yayasan TH bersama Biro Keahlian Daftar Pemilih (BKDP) UMNO Malaysia akan dijadikan sebagai program berterusan dan bukan sebagai aktiviti bermusim.

Menurut Abdul Azeez, Yayasan TH telah diberikan tanggungjawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalankan program itu sekaligus menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan dan bulan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

"Perdana menteri sedar, tahun ini ekonomi di seluruh dunia merosot...termasuklah harga minyak, harga getah, harga kelapa sawit. Oleh itu, beliau telah mengarahkan saya sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi BKDP untuk bekerjasama dengan Yayasan TH bagi menyerahkan sumbangan tanpa mengira fahaman politik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menyerahkan sumbangan kepada golongan asbaf dan fakir miskin di Parlimen Beaufort pada Isnin.

Untuk siri jelajah di negeri di Bawah Bayu itu, sebanyak enam kawasan parlimen di Sabah akan menerima kunjungan program tersebut sekaligus menerima sumbangan sebanyak RM300 seorang kepada 6000 orang yang layak.

"Pada hari pertama di Sabah, kawasan Parlimen pertama yang terlibat ialah Beaufort, diikuti Kimanis, Penampang dan berakhir di Kota Belud. Pada hari kedua, kami akan ke Sandakan dan Semporna dan mencari masa untuk ke Tawau dan Kalabakan.

"Jika masa tidak mencukupi, program susulan akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri bagi memenuhi 67 kawasan Parlimen yang terlibat dalam program ini dalam usaha menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Tambahnya lagi, sumbangan yang salurkan kepada golongan tersebut merupakan hasil sumbagan daripada Yayasan TH serta UMNO Malaysia.

"Sumbangan diagihkan kepada mereka yang layak tanpa mengira fahaman politik. Pada hari ini, tidak semua penerima merupakan penyokong kita (UMNO), tetapi itu tidak penting kerana kita mengambil kira kelayakan mereka dalam menerima sumbangan," katanya.

Turut hadir dan sama-sama menyerahkan sumbangan di Beaufort ialah Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Datuk Datuk Seri Panglima Mohamad, Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih, Pengarah Lembaga TH Sabah, Datin Nurlaila Said,  Pengarah TH Negeri Sabah dan wakil wakil pemimpin masyarakat tempatan.-19/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 719  tetamu dalam talian