Keputusan Yayasan Selangor (YS) untuk merobohkan dua buah asrama pusatnya di Kampong Pandan dekat ibukota kerana mengalah dengan pembangunan persekitarannya terus mengundang rasa marah dan geram bekas-bekas pelajar yayasan itu.
Selain daripada melepaskan perasaan melalui tulisan ke laman alumni YS, mereka juga menghubungi Agendadaily untuk menyatakan betapa hampa terhadap pentadbiran YS yang tidak melakukan sesuatu yang proaktif untuk mempertahankan kedua-dua asrama pusat tersebut, sebaliknya lebih menguar-uarkan keegoan untuk membina asrama di Batang Berjuntai, Kuala Selangor.
Menurut mereka, cadangan pembinaan asrama tersebut di kawasan politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga Pengerusi YS adalah tidak bernas kerana tidak ada sekolah terkemuka di daerah tersebut untuk menempatkan para pelajar YS.
Mereka semua mengulas penjelasan Ilham Marzuki, Pengurusan Besar YS seperti yang disiarkan sepenuhnya oleh Agendadaily, Sabtu. Dalam penjelasan 31 perenggan itu, YS memberi rasionalnya pembangunan sekitar asrama berkenaan bakal mengundang masalah seperti bising kerja-kerja pembinaan, keselamatan tidak terjamin kerana kehadiran pekerja kontrak dan penagih dadah serta pelbagai ancaman lain.
Mereka turut kecil hati kerana anggap YS mencemuh PAYS yang disifatkan hanya memperjuangkan nostalgia dan merindukan sejarah yang boleh diabadikan melalui kenangan album.
Para bekas pelajar berkenaan juga mendesak pihak alumni iaitu Persatuan Alumni Yayasan Selangor (PAYS) bertindak tegas termasuk memaklumkan kepada Baginda Sultan Selangor, berpiket dan membuat aduan kepada Aduan Rakyat TV3.
Ahmad Firdaus dalam reaksinya bertanya kepada Presiden PAYS Aina Hanim, apa yang perlu dilakukan sekarang iaitu sama ada mengadu kepada Aduan Rakyat TV3, mengajak pihak media bagi menceritakan hal sebenar atau buat bantahan dan hantar memorandum kepada DYMM Sultan Selangor.
Azhar Harun pula menarik perhatian PAYS : "Ayuh PAYS lakukan sesuatu demi kebajikan adik (anak) kita di AYSKL. Masa tidak menunggu kita. Kita yang mengejar masa,'' ujarnya.
Aina sendiri menyatakan " Kita harus bersatu agar suara kita didengar. Kita wajib bersama dalam satu suara...suara PAYS bukan suara politik."
Ryzal Hatta Mohd. Sidek menggesa Aina berbuat sesuatu termasuklah memohon menghadap Tuanku Sultan Selangor untuk maklumkan tindakan PKR. "Saya percaya anda boleh,'' ujarnya.
Beliau juga berdoa agar Barisan Nasional kembali berkuasa di Selangor untuk menyelamatkan yayasan berkenaan.
Papa Hensem pula memberikan pandangan agar bangunan yang dicadangkan di Bestari Jaya (Batang Berjuntai) dipindahkan ke tapak asal AYSKL di Kg. Pandan.
Ahmad Haji Ali pula berkata mungkin pentadbiran YS menghadapi masalah aliran tunai untuk membiayai bajet bulanan asrama berkenaan.
"Kita tak boleh salahkan 100% pentadbiran sedia ada sebab mungkin ia mewarisi masalah-masalah lama, tetapi dengan memangsakan ATDI/ATPN menunjukkan kegagalan pentadbiran sedia ada dalam kemahiran menyelesaikan masalah,'' katanya.
Beliau turut mencadangkan agar PAYS mengadakan dialog dengan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai keputusan merobohkan dua asrama berkenaan.
"Kalau masih tidak diterima, mari kita buat demo bantahan dan penyerahan kepada DYMM Sultan Selangor,"" katanya memberi syor.
Amiduddin Dahalan pula memberi pandangan sekiranya isu ini tidak diperhalusi, maka ia membuktikan bahawa Selangor bukanlah negeri berkebajikan seperti yang diuar-uarkan. Kebajikan yang sedia ada perlu diteruskan bukan dihentikan untuk sesuatu yang belum pasti.
"Dengarlah pandangan Alumni yang merupakan anak Selangor...Saya anak jati Selangor. Untuk pembangunan kita perlu mengambil kira penerimaan pelbagai pihak bukan memberi rasional yang tidak professional langsung,'' katanya.-31/7/2011
Yayasan Selangor tutup dua asrama pusat, pelajar hilang peluang ke sekolah terkemuka
Lebih daripada 450 pelajar Yayasan Selangor (YS) bakal menghadapi masa depan yang gelap ekoran keputusan pentadbiran sayap pendidikan negeri Darul Ehsan itu bakal menutup dua buah asrama terkemukanya di ibukota yang selama ini menjadi penyambung talian pendidikan di beberapa sekolah terkemuka termasuk Sekolah Menengah Victoria dan Sekolah Aminuddin Baki.
Langkah itu walaupun ditentang oleh wakil Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanahnya, tetap dilaksanakan oleh YS dengan tidak lagi mengambil pelajar baharu tingkatan satu ke kedua-dua asrama pusat berkenaan pada awal tahun ini.
Malah, pihak pentadbiran bercadang menutup operasi kedua-dua asrama gah itu apabila sesi sekolah berakhir pada akhir tahun ini. Pelajar-pelajar sedia ada bakal dipindahkan ke asrama-asrama sekolah berkenaan yang pastinya tidak menjadi kenyataan kerana sekolah-sekolah tersebut juga menghadapi masalah kekurangan tempat di asrama masing-masing.
Penyelesaian yang dicadangkan oleh pihak pentadbiran YS ialah memindahkan para pelajar berkenaan ke asrama-asrama daerah. Justifikasi YS menutup asrama pusat iaitu Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norasikin (ATPN) ialah tapak kedua-dua aset kebanggaan anak-anak Selangor itu kini dikelilingi pembangunan komersial dan tidak sesuai lagi untuk tujuan penginapan asrama dan pembelajaran.
Dalam laman rasminya di Internet, YS memberitahu bahawa kedudukan asrama berkenaan tidak sesuai lagi kerana para pelajar tersepit dalam kesesakan lalulintas sehingga menyebabkan mereka yang ke sesi petang hanya sampai ke asrama jam 8.30 malam dan tergesa-gesa untuk kegiatan selanjutnya dan ada yang mengantuk dalam kelas tambahan sehingga menjejaskan pencapaian akademik mereka.
Itu alasan dan justifikasi YS tetapi menurut sumber, kewangan defisit YS adalah punca utama tindakan tersebut kerana pihak pentadbiran sudah tidak mempunyai kewangan untuk mengurus para pelajar berkenaan dan dengan memindahkan mereka ke asrama-asrama daerah seperti di Sabak Bernam dan Klang pastinya mengurangkan beban yang ditanggung.
Sebelum ini YS menutup kolej kemahiran di Kuala Selangorv dengan alasan operasinya tidak menguntungkan.
Jika kesesakan lalulintas dijadikan alasan, sumber itu dan bekas pelajar-pelajar YS mempersoalkan adakah SAB yang hanya beberapa meter sahaja dari asrama di Jalan Cohcrane itu juga menyekat perjalanan pelajar sedangkan mereka hanya berjalan kaki ke sekolah.
"Kalau ATDI dan ATPN tidak sesuai kerana bakal dikelilingi oleh kegiatan komersial, bagaimana pula dengan SAB, SM Cohcrane dan Sekolah Menengah Lokman yang berhampiran?,'' tanya bekas pelajar YS yang kini menjadi pensyarah universiti tempatan.
Beliau setuju dan mengakui mengenai masalah kesesakan lalulintas kerana ada pelajar bersekolah di Petaling Jaya. Katanya, pihak pentadbiran harus membuka asrama di sekitar Petaling Jaya atau berdekatan dan bukannya menutup kedua-dua asrama yang sudah terbukti berjaya dan berjasa.
Agendadaily difahamkan, Alumni Yayasan Selangor turut membantah tindakan itu yang disifatkan berundur ke belakang, tetapi YS menyifatkan alumni berkenaan lebih kepada memperjuangkan nostalgia sahaja.
Alumni Yayasan Selangor yang menentang keputusan merugikan itu telah mengadakan perjumpaan dengan pihak pentadbiran Jumaat lalu. Bagaimanapun sesi perbincangan itu bertukar hambar apabila YS memperleceh pihak alumni dan meminta mereka ikut serta dalam usaha merampas Putrajaya.
Agendadaily diberitahu bahawa pertemuan itu diketuai Presiden alumni iaitu Aina Hanim tetapi forum itu hanya dijadikan medan menyerang alumni yang didakwa selama ini tidak berfungsi dan mempersoalkan kenapa hanya bangkit apabila ATDI dan ATPN mahu dirobohkan.
Dalam laman rasminya, YS berkata, tidak ada salahnya memindahkan para pelajar ke sekolah di daerah-daerah kerana semua sekolah menengah kini sama sahaja kerana dikendalikan oleh para guru berijazah dan terlatih dan ia mengambil Sekolah Menengah Jalan Tiga di Bandar Baru Bangi sebagai contoh yang berjaya mendapat pencapian akademik yang baik. YS tidak pula menyebut mengenai pencapaian di Kuala Kubu Baharu, Klang dan juga Sabak Bernam.
Sementara itu, seorang lagi bekas pelajar YS berkata pihak pentadbir YS harus mengetahui sejarah penubuhan yayasan itu dan bagaimana peritnya untuk mendapatkan kuota belajar di sekolah-sekolah terkemuka seperti VI, St. John Institution, Convent Bukit Nenas dan SAB serta La Salle.
"Dulu YS ambil pelajar luar bandar untuk ditempatkan di sekolah terkemuka di bandar, tetapi pentadbiran sekarang yang buta sejarah menghantar yang sedia ada di bandar balik ke luar bandar. Pelik dan menghairankan,'' katanya geram.
Krisis kewangan yang menjadi kemelut pentadbiran YS timbul menjadi isu apabila Sultan Selangor membatalkan kehadiran baginda ke majlis sambutan ulangtahun ke-40 yayasan itu tahun lalu kerana melibatkan perbelanjaan yang amat tingggi.
Pendedahan demi pendedahan terus disingkap termasuklah mengadakan pertandingan memancing dan acara qurban yang kesemuanya menelan belanja hampir RM1 juta.
Selepas itu timbul pula pendedahan lain apabila RM80 juta yang diwariskan pihak pengurusan lama tiba-tiba sudah habis dan menjadi negatif.-28/7/2011.
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







