20September2014

Wartawan kanan Australia anggap Xenophon 'bodoh atau sengaja promosi diri'

xenophon-anwar
Seorang wartawan kanan Australia menganggap senator bebas Nick Xenophon (kanan) bertindak 'bodoh atau sengaja mempromosi diri' berhubung episod di Malaysia hujung minggu lalu.

Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah 'bodoh dan tidak praktikal'.

Sheridan juga menuduh Xenophon 'berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia - pihak pembangkang'.

Bernama melaporkan Sheridan berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

"Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak," katanya.

"Mereka (Malaysia) sepatutnya sama ada memberitahu Xenophon lebih awal yang beliau tidak diterima masuk atau sepatutnya membiarkan sahaja lawatan itu tanpa disedari.

"Bagaimanapun, apabila berdepan dengan ahli politik Australia yang mencampuri urusan politik negara dalam beberapa perkara akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah. "(tindakan) beliau boleh mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti Islam paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara," kata Sheridan.

Memberi contoh masalah pilihan raya di Vietnam dan Kemboja, Sheridan berkata Malaysia "dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara.

"Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia. "Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana".

Xenophon ditahan sebaik sahaja beliau tiba di Terminal Penerbangan Tambah Murah (LCCT) Sepang pada 6.50 pagi Sabtu dari Melbourne. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata larangan kemasukan membabitkan Xenophon itu adalah mengikut Seksyen 8(3) Akta Immigresen 1959/63 sebagai orang yang dilarang masuk.

Beliau telah dihantar pulang pada malam yang sama.

Sebelum ini Xenophon pernah menyertai Himpunan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) turut dikenali kerana mengkritik indusrtri minyak masak yang didakwa tidak bagus untuk kesihatan serta memusnahkan habitat Orang Utan.-18/2/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 798  tetamu dalam talian