Rab05162012

Kemaskini terakhir08:52:33 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Sejak bila PAS takut pada kebenaran ?...Mustapha Ali ‘korner baring’ bila Azmin Ali naik angin

Sejak bila PAS takut pada kebenaran ?...Mustapha Ali ‘korner baring’ bila Azmin Ali naik angin

  • PDF

 anwar-videoxx440Ada peribahasa ‘Siapa makan cili, dia rasa pedas’, ‘cubit paha kiri, paha kanan sakit juga’ dan ‘berani buat berani tanggung’.Cukup simple dan mudah maksudnya.Memang sengaja tiga peribahasa ini digunakan bagi menyorot kembali isu video seks babitkan seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah satu Malaysia tahu.


Ketua Pembangkang itu bukan sahaja menafikan dengan alasan perut lelaki yang melanggan pelacur China itu ‘boroi’ tetapi membuat laporan polis terhadap penayangan video itu  oleh Trio Datuk T.


Baguslah tindakan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ada pihak ingat Anwar ‘sudah makan cili’ tetapi dengan laporan tersebut, beliau mahu membuktikan bukan beliau rasa pedasnya.

 


Akhirnya siasatan polis menjurus kepada perbuatan Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Easkay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim.


Peliknya, apabila Anwar sudah menafikan pembabitkan beliau maka tidak perlulah panglima-panglima PKR ambil peduli pasal siapa lelaki dalam video itu.


Lagipun, lelaki yang melanggan pelacur itu dikatakan tidak boleh didakwa kerana itu bukan kesalahan kecuali perbuatan moral yang memalukan sahaja.


Bagaimanapun, pemimpin AMK buat juga laporan qazaf kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


Laporan itu bagi membolehkan siasatan mengikut lunas-lunas agama Islam dengan trio Datuk T perlu mengemukan bukti empat saksi yang melihat lelaki yang mengadakan hubungan seks dalam video itu.


Kesannya Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua AMK Wilayah Persekutuan Mohd Hamdi Mohd Said dan Ketua AMk Cabang Batu Rozen Md Rasip dipanggil memberi keterangan kepada JAWI.


Selain itu, selepas Berita Harian mendedahkan mengenai sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan telah menganalisis serta mengesahkan pelaku dalam video itu sepadan dengan Anwar, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula melatah.


Maka ada yang bertanya kenapa panglima-panglima Anwar berbuat demikian sedangkan  Anwar kata bukan beliau dalam video itu.


Rupa-rupanya ada yang jawab, ‘cubit paha kiri, paha kanan sakit juga’.


Agendadaily turut geleng kepala dengar macam-macam teori pasal video seks ini.


Terbaru, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali pula dalam twitternya minta pimpinan pembangkang berhati-hati beri kenyataan kepada media yang dikuasai UMNO.


Wajar buat kenyataan media bertulis elak manipulasi, katanya.

 


Azmin barangkali respons dengan laporan beberapa media hari ini (Sabtu) terutama Utusan Malaysia yang petik kenyataan Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali yang kata parti itu akan buat ketetapan baru mengenai hubungan PAS dalam pembangkang selesai siasatan kes video tersebut.


Azmin bertweet tanya, apakah benar Mustafa keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan dan DSAI. Rakyat tuntut penjelasan.

 


Siapa sebenarnya yang perlu beri penjelasan?


Agendadily yang bertanya Mustafa dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS sama ada PAS mahu mengkaji semula hubungan dengan PKR dan pembangkang jika siasatan mendapati lelaki dalam video itu memang Anwar.


Mustafa menjawab tidak mahu membuat andaian tetapi jelas berkata,  PAS hanya akan putuskan soal hubungan parti itu dalam pembangkang selepas keputusan kes babitkan Anwar terutama isu video seks selesai siasatan.


Video penuh semasa Mustapha menjawab soalan itu juga disiarkan dimana beliau ada menyatakan hal berkenaan.


Selain Agendadaily , Utusan, The Star, Berita Harian, Sinar Harian dan Malaysiakini.com turut melaporkan perkara sama.


Peliknya, Mustafa pada Sabtu keluar kenyataan menafikan apa dilaporan tersebut.


Minta maaf lah Datuk, bukan satu media melaporkan tetapi banyak.


Mustahil semua wartawan yang hadir sidang media PAS semalam, silap lapor dan tidak dengar apa Datuk cakap.

 


Janganlah, ‘berani cakap tak berani tanggung’ jadilah macam trio Datuk T yang berani tanggung akibat ekoran pendedahan tersebut.

 

Soalnya sejak bila PAS yang gembar gembur satu dunia ia parti Islam takut pada KEBENARAN.

Juga apakah nanti jika benar terbukti secara sahih lelaki dalam video itu adalah Anwar...sanggupkah PAS kata no problem...bisa dimaafkan...kita boleh terima orang yang moralnya begini.

Namun melihat riak PAS yang turut sama tergila-gila nak ke Putrajaya mungkin kelak semua bisa diatur.

Siapa tahu bos-bos PAS boleh keluarkan fatwa baru yang menghalakannya.

Ada yang berkata cuba bayangkan jika kes video itu melibatkan mana-mana pemimpin UMNO.Pasti PAS ,PKR dan DAP yang terkinja-kinja melalak sampai nak pecah langit minta siasatan segera dijalankan untuk kenalpasti aktornya.

Semua rakyat Malaysia sedang melihat sandiwara hipokrit ini.


Ini adalah antara rentetan terkini dapat disorot dalam kes Anwar.


Ketika Anwar menafikan, pemimpin PKR kepanasan dalam menangani isu itu.


Malah, PKR barangkali sudah kecut perut jika apa dimaksudkan Mustafa bahawa PAS akan tentukan semula hubungan dengan pembangkang selepas siasatan selesai jadi kenyataan.


Benarlah, tanpa PAS, PKR mahupun Anwar boleh melupakan niat menawan Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti.


Bagi PAS pula, sama ada Mustafa main silap mata, tetapi sebenarnya dalam parti itu sudah ramai bersungut mahu pernikahan haram PAS,PKR dan DAP dibubarkan.

 


Bagi orang ramai pula mereka ingin tengok kesudahan isu video seks ini untuk mengetahui siapa makan cili, siapa pahanya sakit dan siapa kena tanggung! - 23/4/2011- OLEH ROSLAN BIAN




 


Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf

 


Written by Harakahdaily 

KUALA LUMPUR, 23 April: Datuk Mustafa Ali (gambar) menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai.

Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar pro Umno itu, Setiausaha Agung PAS itu berkata, laporan tersebut berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

Katanya, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

"Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah.

"Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, Polis siasat sahajalah.

"Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkannya.

 

Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil.

 


 

Video seks: Anwar jangan ingat PAS selamanya denganya... ini kenyataan terbaru Mustapha Ali

Bukan sahaja orang luar tetapi ramai pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sendiri sedar bertapa mereka tertipu dengan Pelan 16 September dendangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kerana sudah terlanjur berpakat untuk tumbangkan kerajaan Barisan Nasional, PAS terus ikut telunjuk dan akur dalam pembangkang bersama PKR dan DAP.

Malah, dalam sesetengah kes yang turut menimbulkan keraguan pemimpin serta ahli, PAS kerap juga mempertahankan Ketua Pembangkang itu termasuk dalam kes dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan video seks lelaki menyerupai Anwar.

Bahkan Presiden PAS, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang pernah menyelamatkan Anwar dalam satu sidang media apabila bekas timbalan perdana menteri itu ditanya sama ada berani bersumpah bahawa lelaki dalam video yang melanggan pelacur China itu bukan dirinya.

Hadi memberi  alasan perkara itu bukan kes mahkamah Syariah malah menyifatkan pendedahan video itu bertujuan menyekat politik Anwar. 

Namun, jika Ketua Umum PKR itu ingatkan sokongan PAS selama-lamanya terhadap beliau, Anwar kena ingat apa Setiausaha Agung PAS cakap dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di ibu negara, pagi Jumaat.

Menjawab soalan Agendadaily,   Mustapha Ali berkata, PAS hanya akan putuskan soal hubungan parti itu dalam pembangkang selepas keputusan kes babitkan Anwar terutama isu video seks selesai siasatan.

Beliau ditanya jika siasatan itu mendedahkan pelaku dalam video itu adalah Anwar, apakah PAS akan mengkaji kedudukan parti itu dalam pembangkang.

“Saya tak mahu jawab soalan andaian. Sehingga real macam tu, baru kita boleh buat keputusan macam itu,”

 “(Jika) Penyiasatan selesai dan putuskan macam ini kedudukan, kita tengoklah macam mana. Siasatan belum ada lagi keputusannya,” katanya.

Diminta pandangannya mengenai saranan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainol supaya Anwar bersumpah muhabalah bagi membersihkan imejnya dalam isu video tersebut, Mustapha menjelaskan PAS sudah membuat keputusan sebaik sahaja kes itu dilaporkan. 

 


“Kita ada beberapa kaedah. Biar polis siasat dulu, sebab proses kerajaan sekarang ikut undang-undang serta perlembagaan bukan ikut kaedah Islam,” katanya.

PAS katanya akan ikut undang-undang sedia ada malah menegaskan orang yang siar rakaman itu juga melakukan kesalahan.

“Orang yang laku (seks) segi moral saja, undang-undang negara tak ada salah dan tidak boleh ambil tindakan,” ujarnya.

Bagaimanapun, PAS akan menyatakan pendirian parti itu jika kerajaan memutuskan kes itu di Mahkamah Syariah dan ikut undang-undang Islam.

Kenyataan Mustapha ini tidak boleh Anwar pamndang sebelah mata kerana tanpa sokongan PAS, ramai pemerhati politik perjuangan beliau dan PKR untuk menawan Putrajaya dan jadi Perdana Menteri tidak kesampaian.

PKR dan DAP sahaja tidak cukup kuat untuk ,menjatuhkan Barisan Nasional jika PAS buat keputusan keluar pakatan pembangkang.

Lagipun, ada pemimpin PAS tidak senang hati kerana jentera parti itu diperalat dalam pilihan raya kecil jika PKR dan DAP bertanding.

Bahkan ramai merungut kerana layanan tidak adil diterima parti itu terutama hanya diberikan lima kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Ada pemimpin PAS kecewa hingga sekarang kerana Anwar awal-awal lagi sebagai panglima perang tetapi cabut meninggalkan gelanggang sehari sebelum tarikh pengundian pada 16 April lalu.

Senang cakap, PAS sudah macam cacing kepanasan dalam pembangkang tetapi kerana memegang janji-janji untuk bersatu menentang kerajaan, PAS kini dilihat hampir hilang arah perjuang dan tindakan keluar dari pakatan adalah jalan terbaik buat parti itu.-22/4/2011    - OLEH ROSLAN BIAN


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.