16Oktober2018

"UMNO sebuah perjuangan” tagline Perhimpunan Agung UMNO 2018...perwakilan bebas berbahas tanpa sekatan

Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang akan berlangsung 28 hingga 30 September ini akan berteraskan UMNO sebagai sebuah perjuangan.
 
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata tagline "UMNO sebuah perjuangan" ini untuk memperingatkan bahawa UMNO bukan parti politik biasa tetapi lahir sebelum kemerdekaan demi perjuangan membela bangsa dan memerdekakan tanahair.
 
“Perhimpunan kali ini juga akan menampilkan sedikit kelainan kerana kita memfokuskan perbincangan lebih kepada usaha-usaha untuk merekayasa dan juga untuk memperkemaskan parti di bawah kepimpinan baru yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau akan menyampaikan ucapan dasar yang julung-julung kali.
 
“Kita berhasrat agar seluruh tumpuan bertumpu kepada ucapan dasar presiden untuk dikupas dan diperdebatkan oleh ahli-ahli parti kerana kita merasakan ucapan tersebut mempunyai implikasi yang cukup besar dalam menentukan hala tuju UMNO Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya pada sidang media di PWTC pada Khamis.
 
Annuar memberitahu pada perhimpunan ini perwakilan diberi kebebasan penuh menyuarakan apa saja dalam perbahasan mereka.
 
Katanya tiada sebarang panduan atau peraturan ditetapkan dalam perbahasan dikenakan kecuali mematuhi etika.
 
Semua media dijemput dan bebas buat liputan termasuk portal berita yang tidak mesra parti.
 
Pada perhimpunan kali ini, seramai 5,739 perwakilan dijangka hadir.
 
“Pada 28 September iaitu Jumaat malam akan berlangsung perasmian perhimpunan ketiga-tiga sayap parti oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Pada Sabtu 29 September, akan berlangsung perhimpunan sayap parti.
 
“Pada tahun ini Perhimpunan Agung Wanita UMNO akan diadakan di Dewan Merdeka, Pergerakan Pemuda di Dewan Tun Dr Ismail manakala Pergerakan Puteri pula di Dewan Tun Hussein Onn.
 
“Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berlangsung pada hari yang sama persidangan sayap pada pukul 8.00 malam. Keesokannya pula iaitu 30 September iaitu Ahad akan berlangsung sesi perbahasan usul,” katanya.
 
Annuar turut memberitahu seramai 15 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara telah mengesahkan kehadiran yang terdiri daripada 11 wakil negara selain empat wakil Badan Perhubungan Negara.
 
“Manakala seramai 48 perwakilan Mahasiswa Nasional akan turut serta dalam Perhimpunan Agung UMNO 2018 kali ini,” katanya.
 
Tambahnya lagi sebanyak 52 buah agensi media melibatkan media cetak dan elektronik yang membabitkan 39 agensi tempatan dan 7 agensi antarabangsa dengan penglibatan seramai 562 petugas media telah berdaftar ke Perhimpunan Agung UMNO 2018.
 
Sementara itu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan turut memaklumkan semua petugas media akan ditempatkan di Laman Media di Bilik Mawar, Aras 2, PWTC dan bilik sidang media turut disediakan kawasan tersebut,” katanya.-20/9/2018

ATURCARA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2018
28 – 30 SEPTEMBER 2018
 
PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA/PEMUDA/PUTERI 2018
28 SEPTEMBER 2018 (JUMAAT)
 
8.00 malam Ketibaan Perwakilan Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri
Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
8.30 malam Ketibaan Jemputan Khas
8.45 malam Ketibaan YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO
8.50 malam Nyanyian Lagu
– Bersatu Bersetia Berkhidmat
– Maju Wanita UMNO
– Ikrar Pemuda
– Puteri UMNO
– Barisan Nasional
 
9.15 malam Bacaan Doa
9.25 malam Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri UMNO oleh YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan,
Timbalan Presiden UMNO
10.30 malam Bersurai
 
PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA/PEMUDA/PUTERI 2018
29 SEPTEMBER 2018 (SABTU)
 
Acara Menaikkan Bendera
7.40 pagi Ketibaan Perwakilan Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri
Plaza Merdeka Aras 4, PWTC
8.00 pagi Ketibaan YB Dato’ Seri Utama Timbalan Presiden
8.10 pagi Ketibaan YB Dato’ Seri Presiden UMNO
8.20 pagi Upacara Menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa Perhimpunan Agung Wanita/Pemuda/Puteri
 
Wanita – Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Pemuda – Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC
Puteri – Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC
 
8.00 pagi Perwakilan mengambil tempat di Dewan Persidangan
Ketibaan Ketua Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri
Nanyian Lagu Negaraku, UMNO & Sayap
Bacaan Doa
Bacaan Al-Quran
Laporan Penolong Setiausaha
Pembentangan Peringatan Persidangan 2017
Pembentangan Penyata Tahunan 2017/2018
Ucapan Dasar Ketua Wanita/Pemuda/Puteri
Memilih 10 orang wakil Pergerakan Sayap ke PAU 2018
Pembawa Usul Ucapan Dasar Ketua Wanita/Pemuda/Puteri
Perbahasan
Ucapan Penangguhan
 
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2018
29 September 2018 (Sabtu)
 
7.45 malam Semua Perwakilan mengambil tempat diDewan Merdeka, Aras 4, PWTC
8.20 malam Ketibaan YB Dato’ Seri Presiden UMNO diiringi oleh YB Dato’ Seri Utama Timbalan Presiden bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO
8.30 malam Bacaan Doa
Bacaan Al Quran
Laporan dari Setiausaha Agung UMNO
Pesanan Pengerusi Tetap
Nyanyian Lagu Negaraku, Bersatu-Bersetia-Berkhidmat & Barisan Nasional
Pembentangan Peringatan Perhimpunan Agung UMNO 2017
Pembentangan Penyata Tahunan Perhimpunan Agung UMNO 2017/2018
Pembentangan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2017
Ucapan Dasar Presiden UMNO
Persidangan hari pertama ditangguhkan
 
30 September 2018 (Ahad)
8.00 pagi Perwakilan mengambil tempat di Dewan Merdeka
8.30 pagi Pengerusi Tetap menyambung persidangan
Pembawa Usul Ucapan Dasar Presiden
Penyokong Usul Ucapan Dasar Presiden
Perbahasan
Ucapan Penangguhan
Sidang Media
 
 
 
 
 


 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 646  tetamu dalam talian